11,889 kes baharu COVID-19 hari ini

11,889 kes baharu COVID-19 hari ini

KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 11,889 kes baharu COVID-19 setakat 12 tengah hari ini, berbanding 12,735 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman  facebooknya memaklumkan, perkembangan terbaharu itu menjadikan kumulatif kes adalah 2,257,584.

Sarawak kekal melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,413 diikuti Selangor (1,568); Johor (1,217); Perak (959) dan Sabah (872).

Kelantan pula merekodkan 858 kes disusuli Pahang (831); Pulau Pinang (779); Kedah (710); Terengganu (699); Melaka (378); Kuala Lumpur (289); Negeri Sembilan (197); Perlis (81); Putrajaya (36) selain dua kes di Labuan.

Sementara itu, penggunaan katil COVID-19 setakat 11.59 malam tadi ialah 66.6 peratus bagi katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 69.9 peratus katil bukan ICU.

– BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )