136 individu terkandas akibat jambatan runtuh di Sungkai

136 individu terkandas akibat jambatan runtuh di Sungkai

IPOH,. Sebanyak 136 individu termasuk 81 pelajar sebuah politeknik terkandas susulan jambatan ke Kampung Tisong runtuh mengakibatkan laluan keluar masuk ke Hot Spring Felda Sungai Klah, Kampung Tisong, Sungkai dan Buyong Mas Sanctuary Camp Site Sungai Klah (Sungkai) terputus, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 10.46 pagi.

“Mereka yang terkandas ialah 81 pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang dan 10 pekerja Buyong Mas Sanctuary Camp Site. Sejumlah 45 individu lagi terdiri iaitu 39 dewasa dan 16 kanak-kanak daripada 17 keluarga terkandas di Hot Spring Sg Klah.

“Pihak JBPM juga akan bekerjasama dengan agensi lain untuk membawa kesemua mangsa keluar menggunakan jalan alternatif pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )