16 WARGA ASING DITAHAN DALAM SERBUAN KASINO MINI DI EMPER HOTEL

HomeFeaturedJenayah

16 WARGA ASING DITAHAN DALAM SERBUAN KASINO MINI DI EMPER HOTEL

KUALA LUMPUR,. Kegiatan perjudian ala kasino mini di sebuah penthouse atau emper hotel di Jalan Ampang, di sini, terbongkar selepas polis menahan 16 w

KPT perinci konsortium penyelidikan Malaysia-Indonesia, perkukuh kerjasama akademik serantau
Imigresen tidak akan henti operasi gempur penempatan, perniagaan haram warga asing – KP
Amaran ribut petir di beberapa negeri sehingga 9 pagi – MetMalaysia

KUALA LUMPUR,. Kegiatan perjudian ala kasino mini di sebuah penthouse atau emper hotel di Jalan Ampang, di sini, terbongkar selepas polis menahan 16 warga asing dalam serbuan awal pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata kesemua yang ditahan menerusi Ops Tembok pada 1.50 pagi itu terdiri daripada 14 lelaki warga China, seorang lelaki warga Nepal dan seorang wanita warga China berusia antara 26 hingga 50 tahun.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kediaman berkenaan dijadikan lokasi perjudian mini kasino yang menawarkan permainan poker dan beroperasi menerusi jemputan dalam kalangan kenalan rapat, selain hanya melibatkan warga China.

“Polis turut merampas sebuah meja, tujuh kerusi, sekeping kad akses, dua set dadu, sekeping kad dealer, 214 keping cip pelbagai warna bernilai keseluruhan RM5,180, 52 keping daun terup serta wang tunai RM1,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata kesemua yang ditahan akan direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(c) dan Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menjauhi sebarang bentuk aktiviti perjudian dan mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan perjudian atau kesalahan jenayah boleh menyalurkannya kepada Polis Kuala Lumpur menerusi talian hotline 03-21159999 atau balai polis berhampiran.

— BERNAMA