17 inisiatif keselamatan diperluas ke MINDEF, perkukuh kawalan keselamatan pangkalan udara – Fahmi

HomeFeaturedBerita Semasa

17 inisiatif keselamatan diperluas ke MINDEF, perkukuh kawalan keselamatan pangkalan udara – Fahmi

PUTRAJAYA,. Sebanyak 17 inisiatif bagi meningkatkan tahap keselamatan di pintu masuk antarabangsa negara, yang sebelum ini dilaksanakan oleh Kementeri

Malaysia-Turkiye setuju tubuh institut akademik bersama, perluas biasiswa
Kelonggaran etika pemakaian dibenarkan dalam kes kecemasan, luar norma biasa – KSN
Ops Songsang: Mohd Na’im dukung penuh tindakan penguatkuasaan bersepadu

PUTRAJAYA,. Sebanyak 17 inisiatif bagi meningkatkan tahap keselamatan di pintu masuk antarabangsa negara, yang sebelum ini dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan (MOT), akan diperluas ke Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata keputusan itu dipersetujui Jemaah Menteri pada mesyuarat hari ini susulan keperluan memperkukuh kawalan keselamatan di pangkalan udara, fasiliti serta premis di bawah pentadbiran MINDEF.

“17 inisiatif ini dilihat memberikan kesan baik terutama untuk mengesan pihak-pihak yang ingin menyalahgunakan saluran ataupun laluan tersebut. Tapi ia (pelaksanaannya sebelum ini) tidak termasuk pangkalan-pangkalan udara dan juga fasiliti-fasiliti, premis-premis yang diselenggara, diuruskan di bawah pentadbiran Kementerian Pertahanan.

“Maka Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa 17 inisiatif yang dilaksana antara KDN, MOT akan diperluas melibatkan MINDEF. Pangkalan udara semestinya akan di bawah jagaan pihak MINDEF tapi inisiatif-inisiatif ini akan dikembangkan untuk dilaksana oleh pihak MINDEF,” katanya.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

17 inisiatif atau syor keselamatan KDN itu merupakan pelan penambahbaikan kawalan keselamatan di pintu masuk negara yang diluluskan Jemaah Menteri pada 20 Ogos lepas menerusi Memorandum Bersama KDN dan MOT dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai lokasi perintis.

Fahmi berkata peluasan inisiatif itu penting bagi memastikan aset ketenteraan yang sepatutnya digunakan untuk tujuan pertahanan negara tidak disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Bagi pihak kerajaan semestinya (mahu) memastikan aset-aset ketenteraan yang tujuannya adalah untuk pertahanan negara tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab, yang berniat jahat seperti ini,” katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga kementerian berkenaan akan melaksanakan inisiatif itu dengan kadar segera.

“Semestinya ia satu perkara yang sangat mustahak kerana dalam kes yang melibatkan pegawai dan anggota TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) yang telah diberkas, sewaktu proses siasatan, (kegiatan) diketahui operasi atau telah berlaku sejak 2024,” katanya.

Fahmi menegaskan bahawa isu kelompangan yang telah dikenal pasti itu perlu diselesaikan segera.

Media melaporkan tiga pegawai TUDM dan tiga individu lain dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas pertuduhan mengedar lebih 90 kilogram dadah jenis metamfetamina di Pangkalan Udara Subang pada 17 Nov lepas.

— BERNAMA