35 lagi kapal melalui Selat Hormuz dengan penyelarasan Tentera Laut IRGC

HomeFeaturedBerita Semasa

35 lagi kapal melalui Selat Hormuz dengan penyelarasan Tentera Laut IRGC

TEHRAN,. Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) memaklumkan, 35 kapal termasuk kapal tangki minyak, kapal kontena dan kapal dagang lain melal

Pendidikan baik lahirkan insan cemerlang akademik, berakhlak – Anwar
Harga minyak kekal tinggi walaupun Trump umum gencatan senjata dilanjutkan
Komunikasi ibu bapa dan anak kunci keluarga sejahtera, masyarakat berdisiplin – Nancy

TEHRAN,. Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) memaklumkan, 35 kapal termasuk kapal tangki minyak, kapal kontena dan kapal dagang lain melalui Selat Hormuz dalam tempoh 24 jam lepas selepas mendapat kebenaran serta penyelarasan keselamatan penuh, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

IRGC pada Jumaat memaklumkan, meskipun wujud ketidaktenteraman akibat pencerobohan tentera Amerika Syarikat (AS) di Selat Hormuz, pasukan tentera lautnya berjaya mewujudkan laluan perairan selamat bagi perkapalan dan kesinambungan perdagangan global.

Selain itu, Tentera Laut IRGC pada Khamis turut melaporkan, 31 kapal melalui Selat Hormuz dengan penyelarasan pasukan tenteranya.

— BERNAMA-IRNA