7 juta pengunjung akan tiba untuk Piala Dunia 2026 – SU Keselamatan Dalam Negeri AS

HomeFeaturedBerita Semasa

7 juta pengunjung akan tiba untuk Piala Dunia 2026 – SU Keselamatan Dalam Negeri AS

WASHINGTON,. Sehingga tujuh juta pengunjung asing dijangka tiba di Amerika Syarikat (AS) untuk Piala Dunia FIFA, kata Setiausaha Keselamatan Dalam Neg

Malaysia sasar eksport durian ke China RM932.3 juta menjelang 2030
Timor-Leste mohon bantuan Malaysia tarik kehadiran Google
Keputusan SPM 2025 diumum 31 Mac

WASHINGTON,. Sehingga tujuh juta pengunjung asing dijangka tiba di Amerika Syarikat (AS) untuk Piala Dunia FIFA, kata Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS, Markwayne Mullin pada Ahad, menurut laporan CNN yang dipetik oleh Sputnik/RIA Novosti.

“Kita mempunyai lima hingga tujuh juta pelawat,” kata Mullin kepada CNN.

Jabatan itu pada masa ini tidak melihat sebarang ancaman keselamatan khusus, katanya.

“Adakah kita selamat? Ya, kita akan menganjurkan antara Piala Dunia paling selamat dan terbaik dalam sejarah acara ini,” kata Mullin.

Piala Dunia diadakan di AS, Kanada dan Mexico dari 11 Jun hingga 19 Julai. Kejohanan itu menampilkan 48 pasukan buat kali pertama.

SUMBER;

–BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI