Malaysian Bulk Carriers catatkan keuntungan bersih RM47.65 juta

Malaysian Bulk Carriers catatkan keuntungan bersih RM47.65 juta

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Malaysian Bulk Carriers Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM47.65 juta bagi suku pertama berakhir, 31 Mac 2020 berbanding dengan kerugian bersih berjumlah RM10.76 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, hasil turun kepada RM52.27 juta daripada RM64.09 juta.

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, ia mencatatkan keuntungan sebanyak RM51.26 juta melalui penjualan subsidiarinya dalam suku tersebut.

Melangkah ke hadapan, keadaan perdagangan pukal kering yang menyusut pada awal tahun ini, dan ditambah lagi dengan pandemik COVID-19 telah menjejaskan ekonomi dunia serta aktiviti industri global.

“Walaupun tidak pasti berapa lama situasi ini akan berlangsung, penggunaan komoditi global telah berkurangan dan akan terus memberi kesan negatif ke atas perniagaan pukal kering dalam jangka masa terdekat.

“Bagaimanapun, terdapat beberapa tanda yang menggalakkan, terutamanya dari China yang menunjukkan adanya, pemulihan semula ke atas aktiviti pengeluaran industri,” katanya.

Syarikat yakin perdagangan global mempunyai potensi untuk meningkat pada separuh kedua tahun ini, sambil menambah langkah rangsangan di China dan di rantau lain mungkin akan menyokong kadar pengangkutan.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )