Anak syarikat BPHB dilantik operator pelabuhan diluluskan bagi Pelabuhan Bintulu

HomeFeaturedBusiness

Anak syarikat BPHB dilantik operator pelabuhan diluluskan bagi Pelabuhan Bintulu

KUALA LUMPUR,. Lembaga Pelabuhan Bintulu (Sarawak) melantik anak syarikat milik penuh Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) iaitu Bintulu Port Sdn Bhd (BPS

KESUMA cadang ganti pinjaman PTPK dengan geran
IHH Healthcare,Membuat Pelaburan Strategik penjagaan kesihatan melalui inovasi bersama TibaRay
Saadia Zahidi wanita pertama dilantik Ketua Pengarah IATA

KUALA LUMPUR,. Lembaga Pelabuhan Bintulu (Sarawak) melantik anak syarikat milik penuh Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) iaitu Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) sebagai operator pelabuhan yang diluluskan bagi Pelabuhan Bintulu untuk tempoh 30 tahun bermula 1 September, 2026 hingga 31 Ogos, 2056.

BPHB memaklumkan pelantikan berkenaan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak.

“Pelantikan itu dinyatakan dalam Pemberitahuan Lembaga Pelabuhan Bintulu (Sarawak) (Pelantikan Operator Pelabuhan yang Diluluskan) 2026.

“Ia diterbitkan dalam Warta Kerajaan Negeri Sarawak, Bahagian II, bertarikh 10 September, 2026. Pemberitahuan itu dibuat di bawah seksyen 12(2)(a) Ordinan Lembaga-Lembaga Pelabuhan 1961,” jelasnya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia .

Pada 23 Jun, 2026, Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak memaklumkan BPSB bahawa kerajaan meluluskan secara prinsip pelantikan BPSB sebagai operator pelabuhan yang diluluskan bagi Pelabuhan Bintulu di bawah Seksyen 12(2)(a) Ordinan Lembaga-Lembaga Pelabuhan 1961.

BPHB menjelaskan BPSB hendaklah melaksanakan, menjalankan atau menyediakan perusahaan pelabuhan di Pelabuhan Bintulu tertakluk kepada kepatuhan penuh terhadap ordinan tersebut dan mana-mana undang-undang kecil, peraturan atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya.

BPSB juga akan melaksanakan terma dan syarat Perjanjian Utama (HoA) bertarikh 27 Julai, 2026 yang dimeterai antara kerajaan negeri Sarawak, Lembaga Pelabuhan Bintulu dan BPSB, tambahnya.

“Terma dan syarat HoA hendaklah terus terpakai sehingga Perjanjian Konsesi Operasi Pelabuhan (POCA) dimeterai sewajarnya oleh pihak-pihak berkenaan.

“Apabila dimeterai, POCA akan mengikat BPSB dan mengawal selia operasinya di Pelabuhan Bintulu,” jelas BPHB.

— BERNAMA