SAMBUTAN HARI PELANCONGAN SEDUNIA 2026: MOTAC PACU TRANSFORMASI DIGITAL, PERKASA PELANCONGAN LESTARI

HomeFeaturedBerita Semasa

SAMBUTAN HARI PELANCONGAN SEDUNIA 2026: MOTAC PACU TRANSFORMASI DIGITAL, PERKASA PELANCONGAN LESTARI

PUTRAJAYA,. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menganjurkan Sambutan Hari Pelancongan Sedunia (World Tourism Day – WTD) 2026 Peringkat K

57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Kes denggi di Putrajaya turun 36.2 peratus, teknologi Wolbachia beri impak kawalan wabak
AS luluskan visa untuk delegasi Iran hadiri UNGA

PUTRAJAYA,. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menganjurkan Sambutan Hari Pelancongan Sedunia (World Tourism Day – WTD) 2026 Peringkat Kementerian selama lima hari, bermula 28 September hingga 2 Oktober 2026 di lobi MOTAC.

Hari Pelancongan Sedunia yang disambut pada 27 September setiap tahun mengiktiraf peranan pelancongan dalam menghubungkan masyarakat, menjana pertumbuhan ekonomi, membuka peluang pekerjaan serta memelihara budaya dan warisan.

Tema tahun ini, “Digital Agenda and Artificial Intelligence to Redesign Tourism”, mengetengahkan potensi teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) untuk membentuk masa depan sektor pelancongan.

Ketua Setiausaha MOTAC, YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, berkata kepelbagaian budaya, kekayaan warisan dan keindahan alam semula jadi merupakan kekuatan utama Malaysia sebagai destinasi pelancongan. “Teknologi digital dan AI boleh membantu lebih ramai pelancong menemui keunikan Malaysia, memudahkan perancangan perjalanan dan membolehkan destinasi diurus dengan lebih cekap.

Potensinya juga perlu dimanfaatkan oleh pengusaha kecil serta komuniti setempat supaya manfaat pertumbuhan pelancongan dapat dinikmati dengan lebih meluas. “Pada masa yang sama, kemajuan teknologi mesti seiring dengan tanggungjawab kita memelihara alam sekitar, warisan dan nilai budaya. Inilah asas kepada sektor pelancongan yang berdaya saing, lestari dan kekal bermakna untuk generasi akan datang,” katanya.


Sambutan peringkat kementerian ini menjadi ruang untuk meningkatkan kesedaran tentang penggunaan teknologi secara berhemah dalam promosi, perkhidmatan dan pengurusan destinasi. MOTAC turut menekankan kepentingan kemahiran digital dan penyertaan industri serta komuniti dalam memastikan perubahan ini memberi manfaat kepada semua. Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan kempen
Melawat Malaysia 2026–2027, MOTAC akan terus menggalakkan pembangunan pelancongan yang lebih pintar, inklusif dan lestari, sekali gus memperkukuh sumbangan sektor ini kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

SUMBER; MOTAC

— GERBANGPOST