Empat individu dinamakan sebagai suspek dalam tragedi feri Laut Jawa

HomeFeaturedBerita Semasa

Empat individu dinamakan sebagai suspek dalam tragedi feri Laut Jawa

JAKARTA,. Polis Indonesia menamakan empat individu sebagai suspek berhubung insiden feri KM Virgo Transport 8 yang terbalik sebelum karam di Laut Jawa

Malaysia tidak akan pertimbang sebarang permohonan pengampunan Jho Low – Anwar
Prabowo rombak kabinet Indonesia, lantik menteri baharu
Bekas CEO, CFO ditahan disyaki salah guna kuasa pembelian saham bernilai RM370 juta

JAKARTA,. Polis Indonesia menamakan empat individu sebagai suspek berhubung insiden feri KM Virgo Transport 8 yang terbalik sebelum karam di Laut Jawa pada 13 Sept, menurut polis Kalimantan Selatan pada Jumaat, lapor Xinhua.

Pegawai polis tempatan, Sigit Haryono, berkata empat suspek itu ialah kapten kapal, seorang pegawai daripada syarikat perkapalan dan logistik PT Virgo Karya Shipping, pengurus cawangan syarikat serta pengurus operasinya.

Kapten kapal kini ditahan di ibu pejabat polis Kalimantan Selatan manakala tiga suspek lain telah dipanggil untuk menjalani soal siasat, kata Sigit.

Sehingga Jumaat, seramai 80 mangsa ditemukan meninggal dunia manakala 108 orang terselamat dan 55 lagi masih hilang, menurut Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas).

Feri yang membawa 243 penumpang itu bertolak dari Surabaya, Jawa Timur pada 12 Sept menuju Banjarmasin, Kalimantan Selatan.

Feri berkenaan berdepan cuaca buruk semasa pelayaran dan terputus hubungan kira-kira 2 pagi waktu tempatan pada 13 Sept.

— BERNAMA-XINHUA