POLIS TAK TOLAK KEMUNGKINAN KES TEMBAK DI BIDOR ADA KAITAN KEGIATAN KONGSI GELAP

HomeFeaturedJenayah

POLIS TAK TOLAK KEMUNGKINAN KES TEMBAK DI BIDOR ADA KAITAN KEGIATAN KONGSI GELAP

TELUK INTAN,. Polis tidak menolak kemungkinan kejadian tembak membabitkan seorang ahli perniagaan di sebuah stesen minyak di Bidor pada Selasa lepas,

Perdagangan halal Malaysia-Indonesia dijangka cecah lebih US$29 bilion pada 2026
Kerajaan perkukuh TVET atasi kekurangan tenaga mahir industri pembinaan – Nanta
Kemunculan dadah ‘Piu Piu’ bukti vape wajar diharamkan segera – Ayob Khan

TELUK INTAN,. Polis tidak menolak kemungkinan kejadian tembak membabitkan seorang ahli perniagaan di sebuah stesen minyak di Bidor pada Selasa lepas, mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata pihak berkuasa kini sedang menyiasat perkara tersebut secara mendalam sebelum membuat sebarang kesimpulan muktamad berhubung motif sebenar kejadian berkenaan.

“Kita tak menolak kemungkinan (kongsi gelap) itu, cuma siasatan akan dibuat dengan lebih menyeluruh sebelum membuat kesimpulan penuh berhubung kejadian itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, di sini hari ini.

Mohd Alwi berkata setakat ini, pihak polis telah selesai merakamkan keterangan 10 saksi termasuk mangsa yang berusia 41 tahun, bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki cedera pada bahu kiri dipercayai ditembak dua individu bersenjata api di sebuah stesen minyak di Bidor Sentral, kira-kira 6 petang pada 29 Sept.

Mangsa yang juga warga tempatan kini dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan dan menjalani pembedahan di Hospital Seri Manjung.

— BERNAMA