Agong berangkat hadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja

HomeFeaturedBerita Semasa

Agong berangkat hadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR,. Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-273 di Istana Nega

Kerajaan bakal bina ekosistem bantu industri berinovasi dalam era digital
Thailand sasar reformasi struktur, tingkat potensi pertumbuhan kepada 3 peratus menjelang 2030
KDNKA rekod nilai rampasan RM7.1 bilion setakat 30 Nov

KUALA LUMPUR,. Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-273 di Istana Negara, di sini.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Turut berangkat ialah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berangkat sama Pemangku Raja Terengganu Tengku Muhammad Ismail, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Mesyuarat itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Rustam, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir bersama Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri dan Timbalan Premier Sarawak.

— BERNAMA