FAM dijangka meterai MoU dengan dua penaja baharu

HomeFeaturedSukan Dan Kesihatan

FAM dijangka meterai MoU dengan dua penaja baharu

KUALA LUMPUR,. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenal pasti dua syarikat tempatan berskala besar sebagai bakal penaja dan dijangka memeterai memo

AB GHANI MAHU PULIHKAN KEYAKINAN, PERKASA TADBIR URUS FAM
Jadikan Piala ASEAN FIFA 2026 titik permulaan buru kelompok 100 dunia – Ab Ghani
Presiden FAM: Hamidin tidak tolak kemungkinan bertanding

KUALA LUMPUR,. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenal pasti dua syarikat tempatan berskala besar sebagai bakal penaja dan dijangka memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan kedua-duanya dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Media dan Pemasaran FAM, Datuk Syed Mahadi Syed Hassan berkata, kedua-dua syarikat itu telah memberikan komitmen, manakala perbincangan kini pada peringkat untuk menandatangani MoU.

“Dalam masa terdekat kita akan dapat penaja-penaja baharu yang kita dah kenal pasti, penaja-penaja yang sudah bagi komitmen. Insya-Allah dalam masa terdekat kita akan tandatangan MoU dengan penaja baharu,” katanya pada pertemuan bersama pengamal media, di sini, malam tadi.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM itu yang enggan mendedahkan nama syarikat terlibat berkata penajaan akan melibatkan FAM dan skuad Harimau Malaya.

Mengenai dakwaan penaja menarik diri, Syed Mahadi berkata, setakat ini beliau belum menerima maklumat jelas berhubung perkara berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata, FAM mahu beralih daripada budaya kerja secara berasingan dengan menyatukan gerak kerja media, pemasaran, komunikasi, digital dan komersial sebagai satu pasukan.

Menurut beliau, pendekatan lebih tersusun dan bersepadu penting bagi memastikan usaha persatuan memberi kesan kepada peminat serta membantu mengangkat imej bola sepak negara.

“FAM serta bola sepak Malaysia hanya boleh diangkat menjadi lebih cemerlang jika kita mula membudayakan kerja berpasukan dan tidak mengamalkan in silo mentality,” katanya.

Beliau berkata, media bukan sekadar menyampaikan berita dan maklumat, malah memainkan peranan dalam membentuk persepsi serta mempengaruhi pandangan masyarakat.

FAM katanya, melihat media sebagai rakan strategik dalam usaha membina keyakinan, memperkukuh imej serta meningkatkan martabat bola sepak Malaysia.

Beliau turut mengalu-alukan pandangan, cadangan dan teguran membina daripada pengamal media sebagai sebahagian daripada usaha FAM memperbaiki kelemahan dan meningkatkan mutu pentadbirannya.

Syed Mahadi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Star City, dipilih menganggotai Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi baki penggal 2025-2029 pada Kongres Luar Biasa FAM Kedua 2026, September lepas, sebelum diberikan tanggungjawab menerajui portfolio Media dan Pemasaran.

— BERNAMA