PAHANG DIPILIH DESTINASI UTAMA “MY ESCAPE 2026”, PERKASA PROMOSI VM2026-2027

HomeFeaturedBerita Semasa

PAHANG DIPILIH DESTINASI UTAMA “MY ESCAPE 2026”, PERKASA PROMOSI VM2026-2027

GENTING HIGHLANDS,. Pahang dipilih sebagai destinasi tumpuan utama bagi program eksplorasi pempengaruh MY Escape 2026 berikutan kepelbagaian tarikan p

Perancis akan terima pelaburan asing AS$108 bilion – Macron
California perketat peraturan keselamatan media sosial, bot sembang AI untuk kanak-kanak
Trump mohon Mahkamah Agung benarkan sekatan undi pos menjelang pilihan raya

GENTING HIGHLANDS,. Pahang dipilih sebagai destinasi tumpuan utama bagi program eksplorasi pempengaruh MY Escape 2026 berikutan kepelbagaian tarikan pelancongan negeri itu yang merangkumi laluan pesisir pantai, kawasan alam semula jadi serta tanah tinggi.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim berkata program itu bertujuan mempromosikan pelancongan pandu sendiri menerusi konsep fly and drive, sekali gus menggalakkan lebih ramai pelawat domestik dan antarabangsa, meneroka keunikan destinasi di negeri berkenaan.

Beliau berkata pemilihan Pahang turut membuka peluang mempromosikan laluan pelancongan ke Pantai Timur, khususnya dengan perkembangan kemudahan pengangkutan termasuk perkhidmatan penerbangan dan projek East Coast Rail Link (ECRL), yang bakal beroperasi tidak lama lagi.

“Pahang juga mempunyai kelebihan tersendiri kerana memiliki laluan pesisir pantai, laluan alam semula jadi, serta kawasan berbukit yang amat sesuai untuk pelancong menikmati keindahan alam,” katanya pada sidang media bersempena dengan pelepasan MY Escape 2026, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia merangkap Ketua Sekretariat Visit Malaysia 2026-2027 (VM2026-2027) Mohd Akbal Setia, Ketua Pegawai Operasi Perodua Datuk JH Rozman Jaafar, Ketua Konten Studio & Gempak Astro Syazwan Zakariah dan penampilan khas legenda pemandu reli negara Karamjit Singh.

Program tiga hari bermula hari ini hingga 22 Okt itu, dianjurkan Tourism Malaysia dengan kerjasama Astro Gempak bersempena dengan kempen VM2026-2027.

Program itu turut mendapat sokongan Perodua yang menaja 20 kenderaan untuk kegunaan peserta sepanjang kembara, terdiri daripada 15 kenderaan berkuasa petrol dan lima kenderaan elektrik (EV).

Sepanjang program, peserta akan menjelajah beberapa destinasi di Pahang merangkumi Genting Highlands, Bentong, Kuala Gandah, Kuantan dan Cherating, dengan tarikan alam semula jadi, hidupan liar, gastronomi, tarikan kebudayaan serta pengalaman tempatan.

Menurut kenyataan media Tourism Malaysia hari ini, inisiatif tersebut bertujuan untuk memperkenalkan tawaran pelancongan Pahang kepada masyarakat yang lebih meluas, melalui kandungan digital yang menarik dan mudah dikongsi, menggunakan cabaran interaktif serta aktiviti berasaskan destinasi.

Program itu menghimpunkan 24 orang wakil media, pemimpin pendapat utama (KOL) dan pencipta kandungan digital dari Malaysia serta pasaran serantau terpilih, termasuk China, Laos, Filipina, Vietnam dan Indonesia.

Para peserta akan bekerjasama dalam kumpulan bertiga, dengan penglibatan elemen rentas budaya dan cabaran kolaboratif, yang direka untuk menggalakkan interaksi serta mempamerkan destinasi dari perspektif yang berbeza.

Dalam masa yang sama, setiap pasukan akan menerima pasport program untuk mencatatkan kemajuan mereka melalui tempat singgahan khas yang telah ditetapkan.

— BERNAMA