MALAYSIA, WHO PERKUKUH KERJASAMA MUKTAMADKAN PERJANJIAN PANDEMIK

HomeFeaturedBerita Semasa

MALAYSIA, WHO PERKUKUH KERJASAMA MUKTAMADKAN PERJANJIAN PANDEMIK

KUALA LUMPUR,. Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memperkukuh kerjasama bagi memuktamadkan Perjanjian Pandemik WHO menjelang Mei 2027, d

Cuaca panas berpanjangan boleh jejas kesihatan – KKM
503 kes baharu tibi sehingga Minggu Epidemiologi kelima 2026
Ancaman Nipah: Semua pelintas sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan disaring

KUALA LUMPUR,. Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memperkukuh kerjasama bagi memuktamadkan Perjanjian Pandemik WHO menjelang Mei 2027, dengan memberi penekanan kepada keseimbangan antara perlindungan harta intelek dan akses saksama kepada bekalan perubatan ketika kecemasan kesihatan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menerusi hantaran di Facebook berkata perkara itu antara fokus perbincangannya dengan Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus ketika mengadakan kunjungan hormat di sela-sela Mesyuarat Jawatankuasa Serantau WHO bagi Pasifik Barat (WPRO) Ke-77 di Manila, Filipina berlangsung pda 19 hingga 22 Okt.

“Fokus Malaysia adalah jelas, mesti ada penyelesaian seimbang antara hak perlindungan harta intelek dan kesaksamaan akses kepada bekalan perubatan sewaktu berdepan kecemasan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata WHO turut menyatakan keyakinan terhadap peranan Malaysia dalam kepimpinan strategik di rantau Pasifik Barat, khususnya bagi membina konsensus global berkaitan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan kesihatan.

Dzulkefly berkata Malaysia turut mengulangi komitmen untuk menyokong pembiayaan mampan WHO bagi memastikan organisasi itu dapat meneruskan peranannya dalam menangani cabaran kesihatan global.

Dalam pertemuan itu, Dr Tedros turut menghargai usaha Malaysia melaksanakan transformasi penjagaan kesihatan primer (PHC).

— BERNAMA