Banjir landa Hulu Perak, dua PPS dibuka

HomeFeaturedBerita Semasa

Banjir landa Hulu Perak, dua PPS dibuka

IPOH,. Banjir kembali melanda Perak susulan kejadian air naik di beberapa kampung di Gerik di Daerah Hulu Perak berikutan hujan berterusan sejak malam

Johor muncul sebagai hab alternatif pusat data cekap kos berbanding Singapura – Moody’s
Cornell University lantik bekas Timbalan Peguam Negara AS siasat dakwaan rogol berkumpulan
IMPORT NEW ZEALAND NAIK 11 PERATUS DIPACU HARGA BAHAN API

IPOH,. Banjir kembali melanda Perak susulan kejadian air naik di beberapa kampung di Gerik di Daerah Hulu Perak berikutan hujan berterusan sejak malam tadi, melibatkan 120 mangsa daripada 36 keluarga, setakat pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan, dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka sejak tengah malam semalam iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Idris Shah II dan SMK Gerik.

“96 mangsa daripada 31 keluarga berlindung di PPS SMK Gerik, manakala 24 mangsa daripada lima keluarga berlindung di Sultan Idris Shah II, apabila beberapa kawasan di Kampung Air Panas dan Kampung Padang dinaiki air,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, masih terdapat 37 mangsa daripada 14 keluarga berlindung di PPS SK Matang, selepas kejadian ribut menjejaskan penduduk di Kampung Changkat Baru Matang, Kampung Teluk Kertam, Kampung Melawati dan Kampung Hujung Matang, minggu lepas.

— BERNAMA