MOTO3: HAKIM DANISH TEKAD BURU MOMENTUM POSITIF DI GP AUSTRALIA 2026

HomeFeaturedSukan Dan Kesihatan

MOTO3: HAKIM DANISH TEKAD BURU MOMENTUM POSITIF DI GP AUSTRALIA 2026

KUALA LUMPUR,. Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli bertekad membina momentum positif dengan mengumpul mata berharga di Grand Prix (GP) Au

Angka kematian akibat serangan di Gaza meningkat kepada 74,389 manakala 175,423 cedera
KOREA SELATAN SAHKAN KEJAYAAN PELANCARAN ROKET NURI, SATELIT DITEMPATKAN KE ORBIT
Kapal pesiar mewah, MV Piano Land tiba di Pelabuhan Klang, tawar 11 pelayaran di Malaysia

KUALA LUMPUR,. Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli bertekad membina momentum positif dengan mengumpul mata berharga di Grand Prix (GP) Australia 2026 di Litar Phillip Island di Victoria dari 23-25 Okt ini.

Hakim Danish berkata penting baginya menampilkan tunggangan positif sebelum membawa harapan peminat tanah air pada saingan GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang yang berlangsung dari 30 Okt-1 Nov.

“Persiapan saya menjelang GP Australia berjalan dengan baik dan saya sangat teruja untuk berlumba di Phillip Island kerana litar ini masih baharu bagi saya.

“Saya juga tidak sabar untuk beraksi di sana kerana melihat kepada litar itu, saya rasa ia sangat menarik. Saya menantikan sesi latihan pertama pada Jumaat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Litar ikonik itu terkenal dengan selekoh berkelajuan tinggi serta keadaan cuaca yang sukar diramal, sekali gus menuntut persediaan rapi dan tahap konsistensi yang tinggi sepanjang hujung minggu perlumbaan.

Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi berusia 19 tahun itu kini menduduki tangga kesembilan selepas mengumpul 107 mata bagi carta kejuaraan 2026 di belakang pendahulu dari Sepanyol, Maximo Quiles yang mewakili CFMOTO Gaviota Aspar Team dengan 351 mata.

Hakim Danish mencatat sejarah apabila menjuarai perlumbaan GP Republik Czech di Litar Brno, Jun lepas.

— BERNAMA