SULTAN PAHANG BERKENAN RASMI PROGRAM TOT MyTID

HomeFeaturedBerita Semasa

SULTAN PAHANG BERKENAN RASMI PROGRAM TOT MyTID

PEKAN,. Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan merasmikan Program Tenaga Penguji (ToT) Pengenalpastian

Singapura catat penurunan kerugian berkaitan penipuan pada 2025
RUNDINGAN PUSINGAN PERTAMA FTA MALAYSIA-BANGLADESH DIJADUAL BERLANGSUNG PADA AKHIR OKTOBER DEPAN
20 hingga 30 pekerja dilaporkan hilang susulan letupan di pusat beli-belah Kumamoto, Jepun

PEKAN,. Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan merasmikan Program Tenaga Penguji (ToT) Pengenalpastian dan Pembangunan Bakat Sukan (MyTID) di sini hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Pengerusi Lembaga Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Seri Dr Zulkharnain Ismail berkata program itu bertujuan melahirkan tenaga penguji yang kompeten dan berstandard, selain menyeragamkan prosedur pelaksanaan ujian serta pengumpulan data di peringkat sekolah.

“Sebanyak 66 guru diberikan latihan teori dan amali berkaitan pelaksanaan ujian MyTID. Guru yang telah mengikuti latihan akan berperanan sebagai tenaga penguji MyTID di sekolah masing-masing dan menyokong pengumpulan data bagi pelaksanaan projek rintis MyTID di Pahang,” katanya berucap pada majlis perasmian program itu di sini hari ini.

Beliau berkata pendekatan pengenalpastian bakat yang berasaskan sains sukan merupakan satu pelaburan strategik bagi membina asas pembangunan atlet yang lebih tersusun, inklusif dan mampan.

“Melalui MyTID, kita mahu memastikan usaha pengenalpastian bakat tidak bergantung semata-mata pada pemerhatian atau kebetulan, tetapi diperkukuh melalui kaedah saintifik, kepakaran dan data yang dapat menyokong perancangan pembangunan atlet,” katanya.

Zulkharnain berkata pemilihan Pahang sebagai negeri perintis pelaksanaan program ini berasaskan pengalaman serta kerjasama yang telah terjalin antara ISN, Kementerian Pendidikan (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan pihak sekolah dalam pelbagai inisiatif pengenalpastian serta pembangunan bakat sukan.

“Melalui pelaksanaan projek rintis ini, ISN berhasrat membangunkan model pelaksanaan ToT yang boleh dinilai, diperhalusi dan diperkukuh sebelum diperluas ke negeri lain,” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan Mordi Bimol serta Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang Datuk Fadzli Mohamad Kamal.

— BERNAMA