PRN Melaka: Polis keluarkan 29 permit ceramah, nasihat jangan timbulkan provokasi

HomeFeaturedPolitik

PRN Melaka: Polis keluarkan 29 permit ceramah, nasihat jangan timbulkan provokasi

MELAKA,. Polis telah mengeluarkan 29 permit ceramah setakat ini bagi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bermula Sabtu lepas, dengan tiada sebaran

Polis bekerjasama dengan Interpol buru pengasas eHati, suami
‘Inspektor Shiela’ ditahan cetus kekecohan di Batu Caves
Polis sahkan pegawai berpangkat DSP ditahan dipercayai dalang kes samun RM4.4 juta

MELAKA,. Polis telah mengeluarkan 29 permit ceramah setakat ini bagi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bermula Sabtu lepas, dengan tiada sebarang laporan berkaitan kacau ganggu diterima.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, daripada jumlah itu, Melaka Tengah merekodkan permit tertinggi iaitu 11, diikuti Alor Gajah (10) dan Jasin (lapan).

Bagaimanapun, katanya, polis menerima satu laporan berkaitan perbuatan khianat terhadap bahan kempen.

“Untuk itu saya ingin mengingatkan semua calon, parti politik dan penyokong supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta mengelakkan sebarang tindakan provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam sepanjang tempoh berkempen,” katanya kepada Bernama.

Dzulkhairi juga mengingatkan calon dan parti politik supaya tidak menyentuh isu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R) ketika berkempen bagi mengelakkan ketegangan serta memastikan keharmonian masyarakat berbilang kaum terus terpelihara.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan aspek keselamatan dalam pemasangan bahan kempen, khususnya di kawasan berisiko seperti persimpangan lampu isyarat dan laluan utama yang boleh mengganggu pandangan pengguna jalan raya.

Dzulkhairi berkata, pemasangan bendera, poster, kain rentang dan bahan kempen lain perlu mematuhi peraturan pihak berkuasa berkaitan serta tidak menjejaskan kelancaran lalu lintas.

“Mereka juga tidak boleh menggunakan mana-mana masjid, gereja, kuil, tokong atau tempat beribadat untuk berkempen pilihan raya, begitu juga menggunakan premis, kenderaan atau alat komunikasi milik kerajaan atau pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tujuan berkenaan.

“Bangunan awam juga tidak dibenarkan digunakan sebagai tempat perhimpunan politik dan kempen tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi bangunan atau premis tersebut,” katanya.

Beliau turut menyeru semua pihak supaya menjalankan aktiviti kempen secara matang, berhemah dan bertanggungjawab demi memastikan proses demokrasi berlangsung dalam suasana aman serta terkawal.

— BERNAMA