WASHINGTON,. Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis berkata perjanjian damai antara Rusia dan Ukraine semakin hampir dicapai dan mung
WASHINGTON,. Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis berkata perjanjian damai antara Rusia dan Ukraine semakin hampir dicapai dan mungkin melibatkan seluruh Eropah, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Kenyataan Trump itu dibuat selepas utusan Presiden Rusia Vladimir Putin, Kirill Dmitriev menyertai Wanita Pertama AS Melania Trump dan pegawai Ukraine di Rumah Putih bagi memperingati pelaksanaan gencatan senjata setempat yang diusahakan Melania di bandar Oleshky, Ukraine.
Ketika ditanya sama ada beliau telah bertemu Dmitriev, Trump menjawab: “Ya, saya telah bertemu dengannya.”
“Saya tidak boleh memberitahu anda apa yang kami bincangkan, tetapi apa yang boleh saya katakan ialah ia akan menjadi satu perjanjian besar dan akan melibatkan lebih daripada sekadar Ukraine… Malah, saya boleh katakan ia mungkin melibatkan seluruh Eropah.
“Saya rasa kita akan dapat menamatkannya tidak lama lagi, dalam masa terdekat, mungkin,” kata Trump.
— BERNAMA-ANADOLU

