LELAKI MAUT DITETAK: POLIS TAHAN TIGA LAGI SUSPEK

HomeFeaturedJenayah

LELAKI MAUT DITETAK: POLIS TAHAN TIGA LAGI SUSPEK

IPOH,. Polis menahan tiga lagi suspek bagi membantu siasatan kes seorang lelaki maut ditetak dengan parang di hadapan sebuah kedai di Taman Banjar Jay

Gempa bumi sederhana landa selatan Sumatera, Indonesia
Sektor pembinaan catat nilai projek RM143 bilion setakat September
TH jelaskan kadar penolakan tawaran haji 50 peratus merujuk musim lepas

IPOH,. Polis menahan tiga lagi suspek bagi membantu siasatan kes seorang lelaki maut ditetak dengan parang di hadapan sebuah kedai di Taman Banjar Jaya, Teluk Intan pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Chua Kok Lian berkata tiga suspek terbabit berusia lingkungan 30-an hingga 40-an.

“Dua daripadanya lelaki warga asing ditahan pada awal pagi 4 Nov dan direman hingga 11 Nov.

“Seorang lagi lelaki tempatan ditahan semalam dan permohonan reman dibuat pada pagi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 4 Nov, Chua mengesahkan mangsa yang berusia 48 tahun meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Teluk Intan selepas diserang tiga lelaki yang bersenjatakan parang.

Susulan itu, polis menahan seorang wanita warga tempatan berusia 27 tahun yang direman hingga 11 Nov bagi membantu siasatan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

— BERNAMA