TIGA CEDERA DALAM INSIDEN TEMBAKAN DI IOWA, AS

HomeFeaturedBerita Semasa

TIGA CEDERA DALAM INSIDEN TEMBAKAN DI IOWA, AS

NEW YORK,. Sekurang-kurangnya tiga cedera dalam insiden tembakan di sebuah pejabat pos di Des Moines, Iowa, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, menurut

Sejumlah 7,833 majikan terlibat dalam Ops Cegah 2025 – PERKESO
Ethiopia jadi pintu masuk produk Malaysia ke Afrika – Tengku Zafrul
Belia berkemahiran dalam bidang binaan diseru mohon lesen G1 – Ahmad Maslan

NEW YORK,. Sekurang-kurangnya tiga cedera dalam insiden tembakan di sebuah pejabat pos di Des Moines, Iowa, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.

Polis Des Moines dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa seorang suspek telah ditahan.

Sarjan Polis Des Moines Paul Parizek berkata anggota polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan mengenai tembakan kira-kira 9.10 pagi waktu tempatan.

Insiden berlaku di tingkat dua bangunan pejabat pos berkenaan.

Dua individu mengalami kecederaan akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi cedera ketika cuba menyelamatkan diri.

Tiada kecederaan yang dilaporkan mengancam nyawa, menurut polis.

“Suspek telah ditahan dan siasatan masih dijalankan,” kata Gabenor Iowa Kim Reynolds menerusi media sosial.

— BERNAMA-XINHUA