PRN SARAWAK: PENGUNDI MUDA BAKAL MAIN PERANAN BESAR

HomeFeaturedPolitik

PRN SARAWAK: PENGUNDI MUDA BAKAL MAIN PERANAN BESAR

KUCHING,. Pengundi muda dijangka memainkan peranan penting pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13, kata Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera

MPA, OCEAN INFINITY UJI OPERASI MARITIM AUTONOMI, JARAK JAUH DI SINGAPURA
Permintaan industri terhadap graduan berkemahiran tinggi kekal kukuh – UTM
PANG RON-PEI JING MARA KE SEPARUH AKHIR MASTERS CHINA

KUCHING,. Pengundi muda dijangka memainkan peranan penting pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13, kata Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata jumlah pengundi baharu pada pilihan raya kali ini dianggarkan merangkumi kira-kira 40 peratus.

Abdul Karim berkata perkembangan itu menjadikan usaha mendidik golongan muda, khususnya mereka yang berusia antara 18 hingga 25 tahun tentang hak dan tanggungjawab sebagai pengundi, semakin penting.

“Golongan muda perlu diberi pendedahan dan ruang untuk membentuk pemikiran terbuka serta membuat penilaian sendiri dalam menentukan calon yang layak mewakili mereka.

“Golongan muda tidak seharusnya dipengaruhi oleh sentimen ekstrem, termasuk berkaitan perbezaan bangsa dan agama, dalam menentukan pilihan politik kerana pendekatan itu boleh mewujudkan trend yang tidak sihat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata pengundi muda juga tidak harus dipandang rendah kerana mereka mempunyai latar belakang pendidikan dan keupayaan untuk menilai sesuatu perkara secara matang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi PRN Sarawak ke-13 pada 28 Nov, pengundian awal pada 8 Dis, manakala hari pengundian ditetapkan pada 12 Dis ini.

— BERNAMA