MPA, OCEAN INFINITY UJI OPERASI MARITIM AUTONOMI, JARAK JAUH DI SINGAPURA

HomeFeaturedBerita Semasa

MPA, OCEAN INFINITY UJI OPERASI MARITIM AUTONOMI, JARAK JAUH DI SINGAPURA

SINGAPURA,. Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) menjalin kerjasama dengan syarikat teknologi marin Ocean Infinity bagi menjalankan ujian op

Kanada longgarkan keperluan visa untuk rakyat Malaysia yang layak
Lebih 30,000 pemohon dapat kelulusan tambahan kuota BUDI Diesel
TalentCorp ; memperkukuh pembangunan bakat Bumiputera dalam industri digital

SINGAPURA,. Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) menjalin kerjasama dengan syarikat teknologi marin Ocean Infinity bagi menjalankan ujian operasi maritim autonomi dan jarak jauh di Singapura.

MPA dalam satu kenyataan berkata memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada Isnin itu akan memberikan pemahaman lebih mendalam mengenai operasi kapal autonomi dan Pusat Operasi Jarak Jauh, selain menilai bagaimana teknologi berkenaan boleh diperkenalkan dengan selamat di perairan pelabuhan Singapura pada masa depan.

Di bawah kerjasama itu, Ocean Infinity akan berkongsi pengalaman operasi serta pengajaran praktikal daripada penglibatannya dalam operasi maritim autonomi dan jarak jauh.

“MPA akan menyumbang kepakaran bagi membimbing reka bentuk dan pelaksanaan ujian, selain menilai aspek keselamatan serta pertimbangan operasi yang timbul daripadanya.

“Kedua-dua pihak juga akan menyokong pembangunan keupayaan, percubaan operasi dan kerjasama penyelidikan,” menurut kenyataan itu.

MoU berkenaan ditandatangani sempena 13th Singapore Safety@Sea Week yang berlangsung dari 17 hingga 21 Ogos, bertemakan “All Hands on Deck – Safety First!”.

Sementara itu, MPA turut mengumumkan pelaksanaan Sistem Perintah, Kawalan dan Komunikasi Operasi Pelabuhan Bersepadu (IPOC) yang dibangunkan bersama Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan serta ST Engineering.

Sistem itu akan memperkukuh keupayaan MPA mengurus operasi dan insiden yang semakin kompleks di perairan pelabuhan Singapura yang sibuk menerusi data masa nyata daripada pelbagai sumber bagi memberikan pegawai MPA gambaran menyeluruh mengenai operasi dan aktiviti pelabuhan.

— BERNAMA