MALAYSIA KETENGAH KEUNIKAN BUDAYA SARAPAN TARIK PELAWAT INDONESIA

HomeFeaturedBerita Semasa

MALAYSIA KETENGAH KEUNIKAN BUDAYA SARAPAN TARIK PELAWAT INDONESIA

JAKARTA,. Malaysia mengetengahkan keunikan budaya sarapannya kepada masyarakat Indonesia menerusi program ‘Malaysia World's Best Breakfasts’ dalam usa

PAWAGAM BRITAIN PERTIMBANG LARANGAN CERMIN MATA AI META
KTMB siap sedia operasi ETS3 KL-JB mulai 12 Disember
UEC: Pengiktirafan perlu berpaksikan Perlembagaan Persekutuan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan

JAKARTA,. Malaysia mengetengahkan keunikan budaya sarapannya kepada masyarakat Indonesia menerusi program ‘Malaysia World’s Best Breakfasts’ dalam usaha mempromosikan warisan gastronomi negara dan menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Muzaffar Shah Mustafa berkata inisiatif itu merupakan sebahagian usaha mempromosikan gastronomi Malaysia, khususnya hidangan sarapan yang masih belum banyak ditawarkan di restoran sekitar Jakarta.

“Melalui acara seperti ini, kita berharap dapat mempromosikan lagi makanan Malaysia dan secara tidak langsung menarik lebih ramai pelancong Indonesia untuk berkunjung ke Malaysia,” kata beliau pada pelancaran program itu di sini, pada Ahad.

Pelbagai hidangan popular seperti nasi lemak dan laksa Sarawak, selain demonstrasi penyediaan roti canai, menjadi tarikan pengunjung ketika program itu dijalankan semasa ‘Car Free Day’ di ibu kota Indonesia itu pada Ahad.

Program anjuran Kedutaan Besar Malaysia dengan kerjasama Le Méridien Jakarta, menawarkan pakej sarapan pagi Malaysia pada harga bermula Rp65,000 (RM14.63) seorang pada setiap Ahad hingga 13 Dis ini di Ca Va, bazar kulinari mingguan di hadapan hotel berkenaan.

Muzaffar berkata budaya sarapan bukan sekadar mengenai makanan, malah menjadi ruang pertemuan masyarakat pelbagai latar belakang, sekali gus mencerminkan keunikan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum.

“Jika anda mahu mengenali Malaysia, mulakan dengan sarapan,” kata beliau sambil menekankan bahawa pengalaman menikmati makanan tempatan dan berinteraksi dengan masyarakat sering menjadi kenangan bermakna kepada pelancong.

Beliau turut mengajak masyarakat Indonesia menjadikan pengalaman menikmati sarapan sebagai sebahagian aktiviti kunjungan ke Malaysia, termasuk mencuba laksa Sarawak di Kuching, menikmati suasana kedai kopi tradisional di George Town atau meneroka hidangan tempatan di Kota Kinabalu.

Muzaffar berkata pengiktirafan UNESCO terhadap budaya sarapan Malaysia sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan pada Disember 2024 merupakan detik membanggakan kerana ia mengiktiraf amalan harian yang mencerminkan kepelbagaian masyarakat di Malaysia.

“Pengiktirafan itu turut menghargai mereka yang mengekalkan tradisi ini, daripada keluarga yang mewariskan resipi turun-temurun hinggalah kepada peniaga yang mula bekerja sebelum kebanyakan kita bangun daripada tidur,” katanya.

— BERNAMA