PAWAGAM BRITAIN PERTIMBANG LARANGAN CERMIN MATA AI META

HomeFeaturedBerita Semasa

PAWAGAM BRITAIN PERTIMBANG LARANGAN CERMIN MATA AI META

ISTANBUL,. Pawagam di United Kingdom (UK) sedang mempertimbangkan untuk mengehadkan penggunaan cermin mata AI Meta berikutan kebimbangan mengenai pote

UNDANG-UNDANG BAHARU SENJATA API NEW ZEALAND BERKUAT KUASA
NCSM sasar 5,000 individu di Lembah Klang jalani saringan awal percuma tangani penyakit pembunuh senyap
Seramai 2,453 graduan daripada 128 program akademik menerima skrol masing-masing Majlis Konvokesyen ke-36 MSU

ISTANBUL,. Pawagam di United Kingdom (UK) sedang mempertimbangkan untuk mengehadkan penggunaan cermin mata AI Meta berikutan kebimbangan mengenai potensi cetak rompak filem, lapor Anadolu Ajansi yang memetik Sky News pada Khamis.

Persatuan Pawagam UK, badan perdagangan industri itu berkata banyak rangkaian pawagam mungkin memperkenalkan “dasar untuk melarang atau mengehadkan pemakaian cermin mata pintar yang dilengkapi kamera”.

Menurut persatuan itu, pengendali pawagam utama sedang mempertimbangkan pendekatan terhadap penggunaan cermin mata pintar berkenaan, sambil berusaha mengimbangi kebimbangan mengenai rakaman tanpa kebenaran dan privasi dengan manfaat daripada segi aksesibiliti bagi sesetengah pengguna.

Phil Clapp, Ketua Eksekutif persatuan itu berkata cermin mata berkenaan boleh memberi manfaat kepada individu yang mengalami masalah penglihatan atau pendengaran.

Baru-baru ini, mahkamah di England dan Wales, selain sejumlah restoran, pawagam dan pub mengambil langkah untuk mengharamkan cermin mata pintar Meta susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kemungkinan ia digunakan sebagai peranti pengintipan.

— BERNAMA-ANADOLU