BERNAMA, MEDIA GLOBAL JALIN KERJASAMA BANGUNKAN STANDARD APLIKASI AI

HomeFeaturedBerita Semasa

BERNAMA, MEDIA GLOBAL JALIN KERJASAMA BANGUNKAN STANDARD APLIKASI AI

BEIJING,. Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) terpilih bekerjasama dengan organisasi berita terkemuka dunia dan universiti di China dalam me

Konflik Asia Barat: Mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas berlangsung, hasil dibentang Jumaat ini
AUSTRALIA: PENYELIDIK LANCAR PROJEK PERCUBAAN PEMULIHAN TERUMBU KARANG BERSKALA BESAR
‘Peranan saya dalam SRC terhad kepada beri kelulusan dan kuasa veto’ – Najib

BEIJING,. Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) terpilih bekerjasama dengan organisasi berita terkemuka dunia dan universiti di China dalam menjayakan Inisiatif Media Global bagi Pembangunan Bersama Standard Aplikasi Kecerdasan Buatan (AI).

Inisiatif yang dilancarkan Agensi Berita China Xinhua (Xinhua) bersempena dengan Sidang Kemuncak Media Dunia (WMS) Ke-7 itu bertujuan membangunkan kerangka standard penggunaan AI dalam industri berita, merangkumi aspek tadbir urus data dan amalan mitigasi risiko keselamatan kandungan.

Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai menerima sijil penyertaan inisiatif itu bagi pihak agensi berkenaan pada sesi pembukaan sidang kemuncak di Dewan Besar Rakyat di sini, hari ini.

Antara organisasi berita terkemuka yang turut terlibat ialah TASS Russian News Agency, Union of OIC News Agencies, Qatar News Agency dan China Media Group serta beberapa institusi terkemuka China termasuk Peking University, Tsinghua University, China Academy of Information and Communications Technology dan China National Institute of Standardization.

Mengulas inisiatif itu, Wong berkata kerjasama berkenaan penting bagi memastikan pembangunan dan penerapan teknologi AI dilakukan secara kolaboratif demi manfaat bersama.

Beliau berkata kos aplikasi AI bukan murah, sekali gus menyukarkan sesetengah negara dan organisasi untuk mengakses teknologi berkenaan.

“Saya percaya kerjasama dalam memajukan AI dan meneroka ilmu baharu mampu merapatkan jurang kemampuan dari segi kos,” katanya.

WMS Ke-7 yang dianjurkan bersama-sama Xinhua dan Kerajaan Perbandaran Beijing menghimpunkan hampir 500 pengamal media serta pihak berkepentingan industri dari lebih 100 negara.

Bertemakan “Media in the Intelligent Age: From Consensus to Action” sidang kemuncak itu menjadi platform perbincangan dan pertukaran pandangan dalam kalangan pengamal media antarabangsa.

Ditubuhkan pada 2009 oleh organisasi media antarabangsa terkemuka, termasuk Xinhua, The Associated Press, Reuters, TASS dan Kyodo News, WMS berperanan sebagai platform pertukaran pandangan dan penyelarasan peringkat tinggi dalam kalangan penggiat media global.

— BERNAMA