BANK DUNIA LULUS PEMBIAYAAN US$300 JUTA TINGKATKAN PENDIDIKAN RENDAH DI BANGLADESH

HomeFeaturedBerita Semasa

BANK DUNIA LULUS PEMBIAYAAN US$300 JUTA TINGKATKAN PENDIDIKAN RENDAH DI BANGLADESH

HYDERABAD,. Bank Dunia meluluskan pembiayaan berjumlah US$300 juta bagi meningkatkan pendidikan kanak-kanak di Bangladesh.Program Peningkatan dan

Malaysia zahir rasa bimbang terhadap ancaman Houthi sekat laluan di Selat Bab el-Mandeb
SFA SINGAPURA SIASAT DAGING ANJING DIJUAL SECARA HARAM DI MEDIA SOSIAL
PDRM tumpaskan kumpulan culik warga Korea Selatan, bekukan kripto RM11.5 juta

HYDERABAD,. Bank Dunia meluluskan pembiayaan berjumlah US$300 juta bagi meningkatkan pendidikan kanak-kanak di Bangladesh.

Program Peningkatan dan Pemecutan Pembelajaran dalam Pendidikan Rendah itu akan membantu Bangladesh menambah baik sistem pendidikan prasekolah dan rendah yang menyediakan pendidikan kepada lebih 20 juta kanak-kanak.

“Walaupun Bangladesh hampir mencapai akses sejagat kepada pendidikan rendah, kualiti pendidikan masih menjadi cabaran besar. Kira-kira 50 peratus kanak-kanak berusia 10 tahun tidak dapat membaca dan memahami teks mudah yang sesuai dengan usia mereka, berbanding negara berpendapatan sederhana tinggi seperti Malaysia pada kadar 42 peratus dan Brazil 47 peratus,” menurut Bank Dunia dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Bank Dunia memaklumkan bahawa projek itu akan memperkenalkan pakej asas kemahiran membaca, menulis dan mengira yang merangkumi bahan pengajaran, rancangan pengajaran berstruktur serta latihan guru.

Pengarah Bahagian Bank Dunia bagi Bangladesh dan Bhutan Jean Pesme berkata pembiayaan itu akan membantu kanak-kanak di Bangladesh menerima pendidikan yang lebih baik di sekolah kerajaan serta meningkatkan prospek pekerjaan mereka pada masa depan.

— BERNAMA