48 MESIN BITCOIN DIRAMPAS DI SERI ISKANDAR

HomeFeaturedJenayah

48 MESIN BITCOIN DIRAMPAS DI SERI ISKANDAR

IPOH,. Polis semalam merampas sebanyak 48 unit mesin perlombongan mata wang kripto (bitcoin) dalam satu operasi di sebuah kediaman di sekitar kawasan

BELANJAWAN 2027: TOURISM MALAYSIA HARAP PERUNTUKAN SEKTOR PELANCONGAN DITINGKATKAN
PRN MELAKA: 94.96 PERATUS PENGUNDI AWAL TUNAI TANGGUNGJAWAB – SPR
5,819 murid pendidikan khas terima Sijil Alternatif Sekolah Menengah 20 Jan ini – KPM

IPOH,. Polis semalam merampas sebanyak 48 unit mesin perlombongan mata wang kripto (bitcoin) dalam satu operasi di sebuah kediaman di sekitar kawasan Seri Iskandar, yang dipercayai dijadikan lokasi aktiviti perlombongan itu dengan penyambungan wayar elektrik secara haram.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata serbuan itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah dengan kerjasama pasukan jurutera Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Selain itu, dua unit fast ethernet switch, satu unit router Internet dan satu gulung wayar kabel elektrik yang telah dipotong turut dirampas. Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1) Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata polis memandang serius kegiatan perlombongan mata wang kripto yang melibatkan penyambungan bekalan elektrik secara haram kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang, serta menyebabkan kerugian pihak pembekal utiliti, selain meningkatkan risiko kebakaran dan keselamatan awam.

Justeru, orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti perlombongan mata wang kripto yang disyaki melibatkan kecurian bekalan elektrik untuk membolehkan polis mengambil tindakan lanjut.

— BERNAMA