PRN MELAKA: 94.96 PERATUS PENGUNDI AWAL TUNAI TANGGUNGJAWAB – SPR

HomeFeaturedPolitik

PRN MELAKA: 94.96 PERATUS PENGUNDI AWAL TUNAI TANGGUNGJAWAB – SPR

MELAKA,. Sebanyak 94.96 peratus atau 9,417 daripada 9,917 pengundi terdiri daripada anggota tentera dan pasangan serta anggota polis melaksanakan tang

AAX belum muktamad menamakan semula syarikat kepada AirAsia pada 19 Jan
Sambutan Minggu Perpaduan perkukuh keharmonian, pelihara warisan – Aaron
PAHANG TELITI PENYELESAIAN JANGKA PANJANG ATASI MASALAH SUNGAI CETEK

MELAKA,. Sebanyak 94.96 peratus atau 9,417 daripada 9,917 pengundi terdiri daripada anggota tentera dan pasangan serta anggota polis melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan memaklumkan kesemua pengundi awal berkenaan mengundi di 31 pusat mengundi awal di seluruh negeri.

“Proses pengundian bermula pada 8 pagi dan kesemua pusat mengundi ditutup secara berperingkat iaitu 19 pusat pada 12 tengah hari, tiga pusat (2 petang) dan sembilan pusat (5 petang),” menurut SPR.

SPR turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran pelaksanaan proses pengundian awal berkenaan termasuk Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Polis Diraja Malaysia serta Angkatan Tentera Malaysia.

Mengikut statistik SPR bagi PRN Melaka ke-16, terdapat 12,531 pengundi awal terdiri daripada 9,769 anggota tentera bersama-sama pasangan dan 2,762 anggota polis.

Daripada jumlah itu, 9,917 orang mengundi awal secara fizikal, manakala 2,614 lagi mengundi secara pos.

SPR menetapkan hari pengundian PRN Melaka ke-16 pada Sabtu ini.

Dapatkan berita terkini PRN Melaka ke-16 menerusi https://election.bernama.com/prn/melaka/2026/.

— BERNAMA