72 PERATUS RESPONDEN BERPENDAPAT GRADUAN BIDANG KEMAHIRAN BELUM BERSEDIA BEKERJA – TINJAUAN

HomeFeaturedBerita Semasa

72 PERATUS RESPONDEN BERPENDAPAT GRADUAN BIDANG KEMAHIRAN BELUM BERSEDIA BEKERJA – TINJAUAN

KUANTAN,. Tinjauan Tenaga Kerja Berteraskan Kemahiran sempena Industry Connect Pantai Timur 2025 mendapati sebanyak 72 peratus responden berpandangan

MetMalaysia; tingkat kesiapsiagaan, pantau perkembangan El Nino
Kadar jangka pendek kekal stabil minggu hadapan susulan operasi BNM
Hari Arafah ruang umat Islam perbanyak doa, zikir dan muhasabah diri

KUANTAN,. Tinjauan Tenaga Kerja Berteraskan Kemahiran sempena Industry Connect Pantai Timur 2025 mendapati sebanyak 72 peratus responden berpandangan bahawa graduan dalam bidang kemahiran masih belum mempunyai persediaan mencukupi untuk memasuki alam pekerjaan.

Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) dalam kenyataan hari ini memaklumkan dapatan tinjauan itu turut menunjukkan 71 peratus responden mengenal pasti ketidakpadanan kemahiran sebagai cabaran tenaga kerja.

“Hanya empat peratus responden melaporkan integrasi penuh teknologi kecerdasan buatan (AI) dan digital dalam organisasi masing-masing. Dapatan ini memperlihatkan keperluan untuk memperkukuh hubungan antara pembangunan kemahiran, kesiapsiagaan bakat tempatan dan perubahan keperluan industri,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui TalentCorp terus mempertingkatkan pembangunan bakat tempatan menerusi TalentCorp Industry Connect Edisi Pantai Timur 2026 bertemakan “MyBakat Wilayah Pantai Timur: Membina Kesiapsiagaan Bakat untuk Tenaga Kerja Masa Hadapan”.

Program itu menghimpunkan wakil kerajaan, pemain industri serta institusi pendidikan dan latihan daripada Pahang, Terengganu dan Kelantan bagi menyelaraskan pembangunan kemahiran dengan keperluan industri serta memperluas peluang kerjaya rakyat dalam menghadapi perubahan teknologi dan ekonomi.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang Dr Sim Chon Siang berkata pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi perlu diberikan keutamaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dan pelaburan di negeri ini turut membawa manfaat bermakna kepada rakyat tempatan.

“Kerajaan Negeri Pahang komited untuk terus memperkukuh kerjasama dengan KESUMA, TalentCorp, pemain industri dan institusi latihan, khususnya dalam memperluas akses kepada pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), peningkatan kemahiran serta latihan semula.

“Kita mahu memastikan anak-anak tempatan mempunyai kemahiran dan keyakinan untuk merebut peluang yang diwujudkan hasil pembangunan ekonomi negeri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp Biruntha Mooruthi berkata cabaran yang diketengahkan menerusi Tinjauan Tenaga Kerja Berteraskan Kemahiran itu perlu dilihat daripada perspektif majikan dan rakyat yang sama-sama berusaha menyesuaikan diri dengan perubahan dunia pekerjaan.

“Di sebalik dapatan itu, terdapat majikan yang memerlukan pekerja dengan kemahiran tepat, manakala golongan muda pula sedang mencari peluang pertama untuk membina kerjaya,” katanya.

Selain itu, Biruntha berkata penganjuran Industry Connect merupakan sebahagian daripada pendekatan TalentCorp untuk mendapatkan maklum balas secara langsung daripada majikan pada peringkat wilayah, sekali gus memastikan dapatan industri diterjemahkan kepada tindakan lebih berkesan.

“Kita tidak mahu dapatan kajian hanya berakhir sebagai sebuah laporan. Apa yang lebih penting adalah bagaimana maklumat tersebut dapat digunakan untuk merancang intervensi yang membantu rakyat meningkatkan kemahiran, membina kerjaya dan mengambil bahagian dalam peluang ekonomi yang semakin berkembang.

“Sebab itulah kita turun ke lapangan untuk mendengar sendiri pandangan industri. Setiap wilayah mempunyai keperluan dan potensinya yang tersendiri, dan usaha pembangunan bakat perlu mengambil kira realiti tersebut supaya manfaatnya benar-benar sampai kepada masyarakat setempat,” katanya.

Menurut kenyataan itu, KESUMA melalui ekosistem MyBakat TalentCorp turut menumpukan pada usaha menghubungkan rakyat Malaysia dengan pembangunan kemahiran, bimbingan kerjaya dan peluang pekerjaan yang relevan pada pelbagai peringkat kehidupan.

Ekosistem itu merangkumi MyMahir, MyBakat Muda, MyBakat Siswa, MyBakat Wanita, MyBakat Veteran dan MyBakat SkillsLab yang menyediakan pendekatan pembangunan bakat lebih inklusif, daripada peringkat persekolahan dan pendidikan tinggi sehingga kepada peningkatan kemahiran serta peralihan kerjaya.

— BERNAMA