Indonesia akan dapatkan penjelasan Google berhubung penamatan saluran YouTube

HomeFeaturedBerita Semasa

Indonesia akan dapatkan penjelasan Google berhubung penamatan saluran YouTube

JAKARTA,. Indonesia akan mendapatkan penjelasan daripada Google berhubung penamatan lebih 19,000 saluran YouTube sebagai sebahagian daripada siasatan

Kerajaan negeri pantau rapi penularan ajaran sesat di Perak
UNIMAP BERPERANAN SEBAGAI PEMANGKIN PERTUMBUHAN EKONOMI WILAYAH UTARA
Indonesia sahkan kontak rapat kluster hantavirus kapal persiaran negatif virus

JAKARTA,. Indonesia akan mendapatkan penjelasan daripada Google berhubung penamatan lebih 19,000 saluran YouTube sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap operasi pengaruh terancang yang didakwa mempunyai kaitan dengan negara itu, lapor agensi berita Antara.

“Kementerian akan meminta penjelasan rasmi daripada Google dan akan terus menggesa tadbir urus penyederhanaan kandungan yang telus dan adil bagi melindungi kebebasan bersuara rakyat Indonesia secara menyeluruh,” menurut Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital dalam satu kenyataan rasmi pada Khamis.

Kementerian itu berkata, laporan Google masih belum memberikan penjelasan yang mencukupi mengenai jenis akaun yang diturunkan, bentuk pelanggaran yang dikenal pasti atau asas yang digunakan untuk mengaitkan operasi berkenaan dengan Indonesia.

Menurutnya, penemuan dalam skala sedemikian memerlukan penjelasan yang boleh disahkan bagi memastikan tiada kesilapan dalam mengaitkan sesuatu pihak atau salah tafsir terhadap laporan Google.

Kementerian itu turut menegaskan bahawa kebebasan bersuara perlu terpakai kepada semua pihak dan kumpulan, sama ada yang menyokong mahupun mengkritik kerajaan.

Pada masa sama, kementerian itu mengakui peranan platform digital dalam membanteras manipulasi maklumat dan tingkah laku tidak tulen dalam talian.

Bagaimanapun, kementerian berkenaan menegaskan bahawa sebarang tindakan penyederhanaan kandungan berskala besar perlu dilaksanakan secara telus, adil dan sewajarnya.

Dalam Buletin Operasi Pengaruh Suku Ketiga 2026 yang diterbitkan menerusi blognya pada 30 Okt 2026, Google melaporkan penamatan beberapa saluran YouTube yang dikaitkan dengan operasi pengaruh terselaras.

Menurut buletin itu, Google menamatkan sejumlah 19,372 saluran YouTube antara Julai hingga September 2026 sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap operasi pengaruh terselaras yang dikaitkan dengan Indonesia.

Google berkata saluran berkenaan berkongsi kandungan berbahasa Indonesia yang menyokong kerajaan dan pentadbirannya, selain mengkritik pihak yang menentang kerajaan.

Penamatan akaun dalam siasatan itu turut melibatkan akaun di beberapa negara lain, termasuk China, Rusia, Iran, Perancis, Azerbaijan dan India.

Laporan Google menjelaskan bahawa rujukan kepada negara berkenaan menunjukkan lokasi geografi aktiviti akaun atau asal usul rangkaian terbabit.

— BERNAMA-ANTARA