KUALA LUMPUR,. Beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M. Thinaah mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2026 selepas menewas
KUALA LUMPUR,. Beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M. Thinaah mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2026 selepas menewaskan pasangan Amerika Syarikat Lauren Lam-Allison Quynh Lee pada aksi suku akhir di Arena Kai Tak di sini hari ini.
Pasangan pilihan kedua itu hanya memerlukan 37 minit untuk mencatat kemenangan meyakinkan 21-18, 21-11 ke atas lawan mereka, sekali gus mengesahkan tempat dalam kelompok empat terbaik kejohanan Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Super 500 itu.
Pearly-Thinaah bagaimanapun akan berdepan Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan dalam pertembungan separuh akhir sesama pemain Malaysia esok.
Low-Noraqilah mengesahkan slot ke separuh akhir selepas menewaskan pasangan Amerika Syarikat Francesca Corbett-Jennie Gai 21-19, 16-21, 21-16 dalam satu lagi aksi suku akhir.
Sementara itu, dalam acara beregu lelaki, pasangan negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut mara ke separuh akhir selepas menewaskan gandingan Denmark Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard 21-16, 21-16.
Pasangan pilihan kelapan itu akan berdepan beregu pilihan kelima dari India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, yang menewaskan gandingan China Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi 21-13, 21-16.
— BERNAMA

