MELAKA PERUNTUK LEBIH RM196 JUTA LAKSANA PEMBANGUNAN SEKOLAH, BANTUAN PENDIDIKAN

HomeFeaturedBerita Semasa

MELAKA PERUNTUK LEBIH RM196 JUTA LAKSANA PEMBANGUNAN SEKOLAH, BANTUAN PENDIDIKAN

MELAKA,. Kerajaan Melaka memperuntukkan lebih RM196 juta bagi melaksanakan pembangunan prasarana sekolah dan bantuan pendidikan hingga ke universiti m

Indonesia perkenal pakej rangsangan ekonomi 26.34 trilion rupiah pada separuh kedua 2026
HAWANA 2026 angkat tema ‘Media Berintegriti, Teras Kredibiliti’
JKDM latih pegawai NLP jaga pintu masuk negara

MELAKA,. Kerajaan Melaka memperuntukkan lebih RM196 juta bagi melaksanakan pembangunan prasarana sekolah dan bantuan pendidikan hingga ke universiti melaui inisiatif Melaka Sayang Rakyat (MeSRa).

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata peruntukan itu turut meliputi program pemerkasaan modal insan yang memberikan manfaat kepada lebih 140,000 anak Melaka.

“Kerajaan negeri tidak pernah berkompromi dalam memperkasakan agenda pendidikan menerusi pelbagai dasar dan program pembangunan yang berimpak tinggi.

“Usaha berterusan ini adalah untuk melahirkan generasi modal insan yang berwibawa dan berkualiti demi masa depan negeri tercinta,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Sentuhan Kasih Ketua Menteri Melaka MeSRa Pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2026 yang turut dihadiri Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman.

Ab Rauf juga menasihatkan generasi muda khususnya pelajar yang bakal menduduki SPM dan STPM supaya memantapkan jati diri dan pegangan rohani mereka sebagai benteng utama dalam menghadapi cabaran dunia digital yang semakin kompleks serta tanpa sempadan.

Beliau berkata pembentukan sahsiah diri dan penerapan nilai kemanusiaan amat penting bagi memastikan golongan pelajar tidak mudah terpengaruh dengan lambakan maklumat di alam maya.

Pada majlis itu, Ab Rauf meraikan 308 calon SPM dan 220 calon STPM serta 95 guru pembimbing yang berada pada majlis berkenaan serta 11,415 calon SPM 2026 secara dalam talian menerusi saluran YouTube dan Google Meet.

— BERNAMA