SKUAD MUDA NEGARA GAGAL LAYAK KE PIALA ASIA B-17 2027

HomeFeaturedSukan Dan Kesihatan

SKUAD MUDA NEGARA GAGAL LAYAK KE PIALA ASIA B-17 2027

KUALA LUMPUR,. Impian Malaysia untuk melayakkan diri ke Piala Asia Bawah 17 Tahun (B-17) 2027 tidak kesampaian, selepas terikat tanpa jaringan menenta

Seminggu untuk pimpinan penguat kuasa putuskan kekal atau tukar jawatan – PM
Trump tidak tergesa-gesa serang semula Iran
AS AKAN BALAS SERANGAN IRAN KE ATAS PASUKAN TENTERA DI ASIA BARAT – TRUMP

KUALA LUMPUR,. Impian Malaysia untuk melayakkan diri ke Piala Asia Bawah 17 Tahun (B-17) 2027 tidak kesampaian, selepas terikat tanpa jaringan menentang India pada aksi terakhir Kumpulan E pusingan kelayakan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras di sini, malam ini.

Keputusan itu menyaksikan skuad muda negara kendalian Muhammad Shukor Adan menamatkan saingan kumpulan di tempat ketiga, dengan tujuh mata sementara India layak selaku juara kumpulan selepas mengumpul 10 mata.

Pada pertembungan malam ini, Malaysia perlu mencatat kemenangan besar ke atas India untuk berpeluang merebut slot ke pusingan akhir, namun gagal memanfaatkan beberapa peluang di hadapan gawang sepanjang perlawanan.

Antara peluang terbaik Malaysia hadir menerusi gerakan menarik pada minit ke-20, sebelum penyerang Nur Azam Muslim Nor Hisham gagal menyambut kemas hantaran rakan sepasukan, menyaksikan bola tersasar di sebelah kiri gawang.

Peluang seterusnya hadir di babak kedua apabila pemain pertahanan Muhammad Harraz Ajwad turut gagal melakukan rembatan tepat, selepas menerima hantaran rakan sepasukan pada minit ke-56 sebelum kedudukan 0-0 kekal sehingga wisel penamat.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan terakhir Kumpulan E, Palestin mengatasi Singapura 3-2 di venue sama pada aksi sebelah petang, untuk menamatkan kempen pada kedudukan kedua dengan sembilan mata.

Sebagai rekod, Malaysia memulakan kempen dengan kekalahan 0-2 kepada Palestin sebelum bangkit menewaskan Singapura 2-1 dan membelasah Guam 10-0.

Pusingan akhir Piala Asia B-17 2027 dijadualkan berlangsung di Uzbekistan Mei tahun depan.

— BERNAMA