Tiada cadangan bubar DUN Perak selepas pembentangan Belanjawan Negeri 2027 – MB

HomeFeaturedPolitik

Tiada cadangan bubar DUN Perak selepas pembentangan Belanjawan Negeri 2027 – MB

IPOH,. Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata tiada cadangan atau keperluan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sejurus pemb

Trump mahu keselamatan dewan Rumah Putih berstatus rahsia ketenteraan tertinggi’
Qatar Airways terus gantung penerbangan ke Kuwait, Bahrain, Erbil
SPRM TIDAK SERAH NOTIS ISYTIHAR HARTA KEPADA ANAK SARAVANAN BERUSIA 12 TAHUN

IPOH,. Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata tiada cadangan atau keperluan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sejurus pembentangan Belanjawan Negeri 2027, esok.

Beliau berkata keputusan membubarkan DUN terletak di bawah kuasa prerogatif Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan memerlukan alasan munasabah sebelum sebarang permohonan pembubaran dikemukakan.

“Pentadbiran negeri masih mempunyai tempoh sekitar setahun lagi untuk menyempurnakan mandat rakyat dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pembangunan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak siri ke-8 di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Pada 18 Nov lepas, Pejabat Menteri Besar Perak menafikan dakwaan yang tular di beberapa platform media sosial kononnya Saarani telah menghadap Sultan Nazrin Shah untuk memohon perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan telah mendapat perkenan baginda.

Sementara itu, Saarani berkata kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Perak kekal utuh dan tidak terjejas walaupun berlaku pertembungan antara kedua-dua gabungan di beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.

— BERNAMA