Perbezaan pendirian politik tidak jejas pentadbiran kerajaan – Ahmad Zahid

HomeFeaturedPolitik

Perbezaan pendirian politik tidak jejas pentadbiran kerajaan – Ahmad Zahid

BALI,. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perbezaan pendirian politik dalam kalangan parti yang membentuk Kerajaan Perseku

Setiausaha Perbendaharaan AS beri amaran “kempen pengeboman terbesar” terhadap Iran
Presiden Iran kritik sikap berdiam diri antarabangsa terhadap tindakan Israel
Presiden FAM: Hamidin tidak tolak kemungkinan bertanding

BALI,. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perbezaan pendirian politik dalam kalangan parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan tidak menjejaskan pentadbiran negara.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata kematangan politik membolehkan pemimpin parti mengetepikan perbezaan masing-masing dalam melaksanakan tanggungjawab mentadbir negara.

“Apabila mengurus kerajaan, kita ketepikan perbezaan-perbezaan itu dan apabila kita membincangkan perkara-perkara yang terkait dengan isu nasional, kita sangat profesional dan tidak sekalipun ada perbezaan pendapat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Konvensyen Nasional 2026 Amanah pada Ahad lepas yang meluluskan usul supaya parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 tanpa kerjasama BN selepas mendapat sokongan hampir kesemua perwakilan.

Bagaimanapun, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ketetapan itu adalah saranan parti yang akan dibawa ke Majlis Presiden PH, dengan keputusan muktamad mengenai kerjasama berkenaan perlu dibuat di peringkat gabungan tersebut.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, tiba di Bali semalam bagi memulakan lawatan kerja lima hari ke Indonesia yang merangkumi beberapa agenda di pulau peranginan itu dan Jakarta.

Beliau dijadual berangkat ke Jakarta hari ini.

— BERNAMA