SpaceX dapat kelulusan lancar sehingga sejuta satelit AI

HomeFeaturedTeknologi Dan Inovasi

SpaceX dapat kelulusan lancar sehingga sejuta satelit AI

WASHINGTON,. SpaceX mendapat kelulusan untuk melancarkan sehingga sejuta satelit ke orbit Bumi bagi mewujudkan pusat data di angkasa lepas untuk aplik

Sebarang anasir ancam perpaduan mesti dibanteras tanpa kompromi – Agong
Krisis Asia Barat: KPT sedia tempatkan pelajar Malaysia terjejas di IPT tempatan
Banjir Nepal: Lumpur tebal, mangsa terperangkap dalam terowong sukarkan misi menyelamat

WASHINGTON,. SpaceX mendapat kelulusan untuk melancarkan sehingga sejuta satelit ke orbit Bumi bagi mewujudkan pusat data di angkasa lepas untuk aplikasi kecerdasan buatan (AI), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) Amerika Syarikat (AS) pada Rabu mengumumkan bahawa pihaknya telah meluluskan projek syarikat itu yang dinamakan “Starmind”.

“Dengan memindahkan kapasiti pengkomputeran ke luar Bumi, SpaceX dan banyak pesaingnya yang sedang membangunkan pusat data masing-masing di orbit kini menyahut cabaran semasa,” kata Pengerusi FCC Brendan Carr.

Penyokong pembangunan pusat data di angkasa lepas berpandangan bahawa pusat data itu boleh memanfaatkan sumber tenaga suria serta potensi penyejukan di angkasa lepas.

Kelulusan itu membuka jalan kepada pelaksanaan konsep yang dijadikan fokus utama pembentangan bilionair Elon Musk, pemilik SpaceX, ketika tawaran awam pemula (IPO) syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, pembinaan pusat data di angkasa lepas berdepan cabaran teknikal yang besar termasuk keperluan panel suria bersaiz besar untuk menjana tenaga elektrik, sistem penyejukan canggih serta teknologi yang mampu menghantar sejumlah besar data kembali ke Bumi.

Mengikut syarat kelulusan FCC, SpaceX perlu menempatkan 10 peratus daripada jumlah maksimum satelit yang dibenarkan menjelang November 2035.

Jumlah itu perlu meningkat kepada 50 peratus menjelang November 2038.

— BERNAMA-dpa