Tidal haramkan muzik dijana sepenuhnya AI mulai 9 Dis

HomeFeaturedBerita Semasa

Tidal haramkan muzik dijana sepenuhnya AI mulai 9 Dis

NEW YORK,. Platform penstriman muzik, Tidal, akan mengharamkan sepenuhnya kandungan muzik yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) generatif bermula 9

Jabatan Kecemasan HKL seperti ‘zon perang’ disebabkan kerja naik taraf
Kempen Internet Selamat lepasi sasaran tahun ini – Fahmi
Indonesia teruskan langkah penstrukturan semula anak syarikat kerajaan – Prabowo

NEW YORK,. Platform penstriman muzik, Tidal, akan mengharamkan sepenuhnya kandungan muzik yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) generatif bermula 9 Disember ini.

Keputusan itu diambil bagi memberi tumpuan kepada karya artis manusia selain mengekang penipuan melibatkan muzik janaan AI yang didakwa memperdaya pendengar serta meniru gaya artis sebenar untuk mengaut keuntungan menerusi penstriman, lapor Amanz.

Bermula tarikh berkenaan, semua muzik yang dijana sepenuhnya oleh AI akan dipadam dan ditolak daripada platform tersebut, manakala pengedar yang terus menghantar kandungan sedemikian berdepan risiko disekat.

Tidal berkata metadata yang menunjukkan sesebuah lagu dihasilkan sepenuhnya menggunakan AI akan menyebabkan penghantaran ditolak secara automatik, namun penggunaan AI sebagai alat bantuan dalam proses penerbitan muzik masih dibenarkan.

Menurut platform itu, sebanyak 43 peratus daripada kandungan muzik yang dihantar ke Tidal dalam tempoh 90 hari lalu dikesan dijana sepenuhnya oleh AI.

Jumlah itu meningkat apabila lebih 60 peratus muzik baharu yang dihantar pada 6 November lalu dikenal pasti sebagai hasil janaan AI sepenuhnya.

Sebelum ini, Tidal memperkenalkan dasar pelabelan khas terhadap kandungan yang dijana sepenuhnya oleh AI serta menghalangnya daripada menjana pendapatan royalti. Bagaimanapun, langkah tersebut didapati tidak mencukupi untuk membendung lambakan kandungan berkenaan.

Ketika ini, terdapat kira-kira 27 juta lagu yang dijana AI di platform itu, bersamaan 6.3 peratus daripada keseluruhan katalog muzik Tidal. Proses pemadaman penuh dijangka selesai menjelang awal tahun hadapan.

–Agensi