Dorna Sports rancang anjur 20 perlumbaan MotoGP musim 2021

Dorna Sports rancang anjur 20 perlumbaan MotoGP musim 2021

KUALA LUMPUR,. Dorna Sports, pemegang hak komersial dan televisyen eksklusif MotoGP merancang menganjurkan 20 perlumbaan Motosikal Grand Prix (MotoGP) tahun depan dan akan berusaha mengekalkan perancangan itu, bergantung pada situasi COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Carmelo Ezpeleta berkata Litar Antarabangsa Losail di Doha, Qatar dan Litar Ricardo Tormo di Valencia, Sepanyol, masing-masing akan kekal sebagai pembuka musim dan menjadi tuan rumah untuk pusingan akhir.

“Banyak perkara yang kita belum tahu, itulah sebabnya kami menyenaraikan tiga Grand Prix sebagai simpanan untuk digunakan di mana-mana sahaja yang boleh dan juga mengambil kira keadaan cuaca di setiap tempat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan kalendar sementara, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang pada 31 Okt, sementara tiga litar telah dimasukkan ke dalam senarai simpanan – Litar Antarabangsa Algarve di Portugal, Litar Jalan Internasional Mandalika (Indonesia) dan Litar Igora Drive, Rusia.

Sementara itu, Ezpeleta berkata Litar Brno di Republik Czech dikecualikan daripada kalendar tahun depan kerana litar tersebut mesti diturap semula setelah pemeriksaan dilakukan oleh wakil Dorna Sports, namun akan dimasukkan semula jika kerja penurapan litar selesai dalam waktu ditetapkan.

Kalendar Sementara MotoGP 2021

1- Qatar GP (Litar Antarabangsa Losail) 28 Mac

2 – Argentina GP (Termas di Rio Hondo Circuit) 11 April

3 – United States GP (Circuit of the Americas) 18 April

4 – Spain GP (Litar Jerez) 2 Mei

5 – French GP (Litar Le Mans) 16 Mei

6 – Italian GP (Litar Mugello) 30 Mei

7 – Catalunya GP (Litar Barcelona-Catalunya) 6 Jun

8 – German GP (Litar Sachsenring) 20 Jun

9 – Netherlands GP (Litar Assent) 27 Jun

10 – Finland GP (Litar Kymi Ring) 11 Julai

11 – Akan ditentukan kemudian

12 – Austria GP (Litar Red Bull Ring) 15 Ogos

13 – Great Britain GP (Litar Silverstone) 29 Ogos

14 – Aragon GP (Litar Aragon) 12 Sept

15 – San Marino GP (Litar Misano World) 19 Sept

16 – Japanese GP (Litar Twin Ring Motegi) 3 Okt

17 – Thailand GP (Litar Antarabangsa Chang) 10 Okt

18 – Australia GP (Phillip Island) 24 Okt

19 – Malaysia GP (Litar Antarabangsa Sepang) 31 Okt

20 – Valencia GP (Litar Ricardo Tormo) 14 Nov

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )