Sindiket terbesar pemalsuan dokumen dan passport tumpas

Sindiket terbesar pemalsuan dokumen dan passport tumpas

Wartawan : Joy Reyzal
[DIKEMASKINI]

PUTRAJAYA 28 JUN – Satu sendikit pemalsuan dokumen Imigresen berjaya ditumpaskan oleh Pasukan dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Imigresen yang telah membuat serbuan pada 26 Jun lalu di kawasan sekitar Kotaraya dan menahan seorang individu yang merupakan dalang sindiket ini.

Sindiket ini dipercayai didalangi oleh seorang individu dikenali sebagai “Rockers Myanmar” warganegara Myanmar berusia 38 tahun berjaya ditahan hasil risikan dan siasatan selama 4 bulan.

Dengan penangkapan ini, suspek telah membawa pasukan operasi ke sebuah kondominium mewah di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur yang dijadikan sebagai markas untuk mencetak dan mengeluarkan pelbagai dokumen palsu.

Hasil siasatan awal mendapati suspek adalah pemegang Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (Suami Kepada Warganegara) ini turut mendedahkan mondus operandi subjek ialah dengan menyewa dua unit kondominum mewah yang berdekatan bagi tujuan mengelirukan pihak berkuasa.

Suspek dipercayai menjalankan kegiatan tersebut secara bersendirian sahaja dan telah beroperasi sejak 4 tahun yang lalu menggunakan pelbagai platform media sosial seperti WhatApps, Telegram, WeChat, Wiber dan sebagainya yang hanya menyasarkan warganegara Myanmar dan Bangladesh.

Suspek juga didapati amat mahir dalam menghasilkan dokumen palsu yang mempunyai ciri-ciri keselamatan hampit 60% ketepatan. Kadar bayaran yang dikenakan oleh sindiket ini kepada pelanggan adalah sebanyak RM300 – RM1,000 bagi sekeping pelekat PL(KS) palsu, RM100 bagi i-kad palsu, RM200 untuk cop palsu Keluar/Masuk pelbagai negara, RM500 bagi passport palsu, RM100 untuk kad UNHCr palsu, RM100 Sijil Kelahiran Myanmar dan Sijil Perkahwinan palsu, RM100 bagi lesen memandu antarabangsa palsu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud dalam satu sidang media berkata, suspek dibawa ke pejabat Imigresen di Putrajaya bagi tujuan pemeriksaan Covid-19 dan ditahan selama 14 hari di depoh Putrajaya, manakala isterinya ditahan kerana disyaki bersubahat menjalankan kegiatan secara haram.

Menurutnya, suspek disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 55(D) Akta Imigresen 1956/63 iaitu membuat, memalsukan atau meminda suatu pengendorsan atau dokumen untuk dijadikan sebagai visa, permit, pas atau kelayakan bawah akta.

Katanya, selepas proses undang-undang selesai suspek akan diarah pulang ke negara asal dan disenarai hitam memasuki Malaysia selama-lamanya.

 

 
CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )