
Marcos juara kejohanan sulung Tour of Peninsular
KUALA LUMPUR,. Pelumba Spanyol Marcos Garcia mengukir namanya sebagai juara pertama dalam kejohanan berbasikal Tour of Peninsula (ToP) yang julung kalinya diadakan, selepas menamatkan peringkat kelima, yakni peringkat akhir perlumbaan dari Kuala Lipis ke Setiawangsa di sini, hari ini.
Pelumba berumur 32 tahun dari pasukan Kinan Cycling Team itu memenangi jersi kuning (pendahulu kseluruhan) menerusi kelebihan tiga minit dua saat di hadapan Igor Chzhan, dengan jumlah keseluruhan masa kayuhan 13 jam, 39 minit, walaupun beliau menamatkan perlumbaan di tempat ke-35, yakni 16 saat di belakang pemenang hari ini mengikut masa dalam kumpulan.
Marcos, yang memperoleh kelebihan tiga minit selepas memenangi peringkat ‘queen’ dari Sungai Koyan ke Cameron Highlands semalam, turut meraih jersi merah (Raja Bukit) dengan 37 mata, dua mata lebih tinggi daripada rakan sepasukan Thomas Lebas.
“Semua orang mahu menamatkan perlumbaan dengan pantas hari ini, tapi dengan kerjasama berkumpulan yang baik, kami berjaya mengawal perlumbaan, saya amat gembira dapat menjadi pemenang pertama ToP, saya harap dapat kembali tahun depan untuk mempertahankan kejuaraan, tapi ia bergantung kepada pasukan,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah di Wangsa Walk Mall, here.
Gelaran juara ToP ini adalah yang kedua UCI (International Cycling Union) 2.1 Asia Tour bagi pelumba Sepanyol ini, selepas memenangi 2018 Tour of Japan, selain memenangi 2.2 Tour de Hokkaido pada 2017.
Kemenangan tempat pertama dan kedua di Cameron Highlands bersama rakan sepasukan Thomas, turut menyumbang kepada Kinan Cycling Team untuk memenangi pasukan terbaik dengan jumlah catatan masa 51:06:54s, diikuti dua pasukan Malaysian – Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG) dengan 51:09:34s dan Team Sapura Cycling (TSC) dengan 51:11:25s.
Dalam perlumbaan berjarak 151.4km hari ini, Moldovan Cristian Raileanu dari pasukan TSC menaiki podium untuk kali kedua dalam ToP dengan catatan masa 3 jam , 19 minit dan 12 saat, diikuti oleh pelumba Iran Mohammad Esmaeil Chaichiraghimi dari pasukan Foolad Mobarakeh Sepahan di tempat kedua dengan tempoh masa yang sama.
Sofian Nabil Omar Mohd Bakri dari pasukan kebangsaan Malaysia mendahului kumpulan yang menyusul untuk tempat ketiga, 14 minit di belakang kedua-dua pelumba itu.
Sementara itu pelumba dari pasukan TSG, Nur Amirul Fakhruddin Marzuki gagal mempertahankan jersi biru (Raja Pecut) selepas gagal menambah mata dalam tiga zon pecut di Raub, Bentong and Gombak, selepas pelumba Afrika Selatan Rohan du Plooy dari Protouch memecut untuk 14 mata lagi bagi meraih kersi itu dengan jumlah 58 mata.
Pelumba Kazakhstan Igor Chzhan memperoleh jersi putih (terbaik Asia) dengan jumlah masa kayuhan terkumpul 17:02:09s, diikuti pelumba Singapura Choon Huat Goh dari TSG (17:03:09s) dan Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff dari TSC (17:03:26s).
Perlumbaan berjarak 751.6km itu bermula pada hari Selasa dengan jarak 180.6km peringkat Dungun-Kuala Terengganu, diikuti peringkat Kuala Terengganu-Chukai, Kuantan-Karak, Sungai Koyan-Cameron Highlands, sebelum tamat perlumbaan hari ini.
— BERNAMA