Tiada Kebenaran pengeluaran i Citra kali kedua – Perdana Menteri

HULU LANGAT , 26 Dis – Kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi kali kedua. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelbagai kemudahan kewangan sudah diperuntukkan selain bantuan mencukupi untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Masjid Al-Muttaqin, di sini, hari ini ketika meninjau keadaan kawasan yang terjejas akibat banjir pada Program Gotong Royong Keluarga Malaysia di Taman Sri Nanding, Hulu Langat.

Menurutnya ada banyak kemudahan diumumkan kepada mangsa banjir. Jika ada yang mahu membuka perniagaan untuk yang terjejas banjir, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) menawarkan pinjaman RM10,000 tanpa faedah dan moratorium, iaitu tidak perlu bayar balik pinjaman selama setahun.

Ismail Sabri berkata, kerajaan bimbang dengan jumlah baki simpanan dalam akaun pencarum KWSP susulan dua kali pengeluaran menerusi i-Sinar dan i-Citra dengan ada antaranya berisiko menjadi miskin tegar selepas pencen.

– Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )