Bursa rendah pada awal dagangan

Bursa rendah pada awal dagangan

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa memandangkan pelabur semakin bimbang mengenai harga tenaga dan komoditi yang tinggi berikutan krisis Russia-Ukraine, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 1.22 peratus atau 19.22 mata kepada 1,553.34 daripada 1,572.56 ketika ditutup pada Isnin.

Barometer utama itu dibuka 6.11 mata lebih rendah kepada 1,566.45.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 443 berbanding 50 manakala 186 kaunter tidak berubah dan 1,593 kaunter tidak diniagakan serta 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 206.37 juta unit bernilai RM107.87 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Purata Perindustrian Dow Jones (Purata DJI) merosot hampir 800 mata, manakala Nasdaq susut 480 mata kepada hampir paras terendah dalam tempoh setahun.

“Di peringkat domestik, kami menjangkakan pasaran pulih daripada aktiviti pembelian semasa harga rendah, jika tidak, bursa tempatan mungkin kekal dalam situasi tidak banyak berubah,” katanya.

Sementara itu, menurut Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC), kebimbangan mengenai krisis Rusia-Ukraine akan amat mengekang ketersediaan minyak bunga matahari untuk pelbagai kegunaan, justeru, pembuat makanan perlu mencari zon lain mengelakkan kerugian.

Ukraine dan Rusia ialah pengeluar utama minyak bunga matahari dunia, masing-masing menyumbang 7.3 juta tan dan 5.8 juta tan pada 2020.

Kedua-dua negara ini menyumbang gabungan hampir 73 peratus kepada perdagangan eksport minyak bunga matahari.

Menurut laporan berita lain, saham Asia juga merosot, menjejaki prestasi Wall Street dalam situasi kebimbangan mengenai kemungkinan kejutan inflasi yang timbul daripada harga komoditi dan kesan ke atas ekonomi global.

Oleh itu, Thong menjangkakan indeks FBM KLCI akan bergerak dalam julat 1,565 hingga 1,585 hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Hong Leong Financial merosot 32 sen kepada RM18.74, Petronas Dagangan turun 36 sen kepada RM20.44, Tenaga Nasional susut satu sen kepada RM8.90, IHH Healthcare kurang 17 sen kepada RM6.28 dan dan Dialog Group menguncup tujuh sen sen kepada RM2.60.

Bagi saham aktif, G3 Global menambah setengah sen kepada lapan sen, DNex turun 5.5 sen kepada 87.5 sen dan TWL Holdings susut setengah sen kepada 5.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 137.51 mata kepada 10,936.32; Indeks FBM Emas Syariah merosot 171.58 mata kepada 11,654.85; FBM 70 turun 149.74 mata kepada 12,608.79; Indeks FBMT 100 susut 130.73 mata kepada 10,654.30, dan FBM Ace kurang 87.54 mata kepada 5,061.08 .

Mengikut sektor, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian turun 3.02 mata kepada 206.55, Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 139.66 mata kepada 15,802.06 dan Indeks Perladangan susut 190.46 mata kepada 8,171.52.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )