
PRN Johor: Memperkasakan ekonomi dengan tarikan pelancong, promosi makanan tempatan antara visi calon PN Dun Bentayan Eddy Tan
Oleh: Abd Rahman, Faisal dan Ramani
MUAR — Calon Perikatan Nasional DUN N12 Bentayan, Eddy Tan Kok Hong berhasrat menjadikan kawasan Bentayan sebagai satu hub tarikan pelancongan dengan mempromosikan makanan tempatan Jalan Haji Abu ke peringkat antarabangsa.
Apabila ditemuramah oleh Gerbang Post, beliau berkata berkhidmat untuk masyarakat dan menyelesaikan masalah rakyat menjadi titik pemulaan kareer politik Eddy Tan.
“Kalau diberi peluang untuk berkhidmat, saya berhasrat untuk naik taraf kawasan Bentayan dengan membawa lebih ramai pelancong, mempromosikan makanan di sekitar kawasan ini dan menganjurkan aktiviti yang boleh membawa perubahan kepada ekonomi tempatan.
“ Secara tidak langsung, ekonomi di kawasan Bentayan akan meningkat dan diharapkan ramai orang di kawasan sekitar dan pelancong dari luar kawasan akan datang ke Bentayan.
“Kedua, saya akan memperkasakan sistem pengangkutan yang lebih cekap dan efisien yang akan membawa perubahan diantaranya dengan memperkenalkan 15 bas mini Percuma.” kata Eddy Tan.
Tambah beliau, untuk memperkasakan belia di kawasan Bentayan dan memberi tunjuk ajar kepada penduduk sekitarnya, satu pusat latihan ‘E-Sports’ dan program asas komputer akan diperluaskan dimana ia akan membantu memberi peluang berniaga secara atas talian (online business).
Akhir sekali, sebelum melaksanakan program atas talian, perubahan infrastruktur 5G yang lebih stabil dan rangkaian yang luas juga akan diperjuangkan oleh beliau, supaya rakyat disini akan mendapat kemudahan asas telekomunikasi 5G.
Serta, membina bangunan parkir bertingkat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, menjadi misi Bentayan calon PN Eddy Tan.
Pada pagi ini beliau telah turun padang berjumpa dengan semua lapisan masyarakat di Pasar Awam Maharani, Kedai Makanan dan Minuman 568 dan Pasar Guang Yuang di Bentayan.
Di DUN Bentayan kita akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru — calon Perikatan Nasional Eddy Tan Kok Hong, calon Barisan Nasional Gan Q’I Ru dan calon Pakatan Harapan Ng, Yak Howe.
Jumlah pengundi di sini ialah 34,714 dan mempunyai 14 kawasan mengundi, dimana Pilihan Raya Negeri Johor akan diadakan pada 12 Mac.

Pix oleh Abd Rahman aka Acong dan Md Faisal