Perlantikan Anwar Ibrahim sebagai PM-10 akan mantapkan hala tuju negara – NGO

Perlantikan Anwar Ibrahim sebagai PM-10 akan mantapkan hala tuju negara – NGO

KUALA LUMPUR — Perlantikan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) selaku PM-10 amat bertepatan dengan waktunya bagi merancakkan ekonomi negara, mengawal kos sara hidup,  memantapkan hala tuju negara, membangun Negara Madani sekaligus melonjakkan semula imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

Dalam satu kenyataan media, 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), turut menjunjung kasih atas perkenan KDYMM YDPA melantik Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

“Justeru, kami mendukung penuh DSAI dalam mewujudkan Kerajaan Perpaduan yang stabil, inklusif dan berjiwa rakyat semurninya. Sokongan yang kuat seluruh lapisan rakyat Malaysia amat diharapkan dalam menjayakan hasrat murni  ini, inshaa Allah.

“DSAI adalah tokoh yang selayaknya menerajui negara di saat negara dilanda pelbagai kemelut-  politik, ekonomi, kesihatan dan seumpamanya. Dengan Agenda Reformasinya, DSAI mampu membawa Malaysia ke era baharu yang lebik baik.

“DSAI juga dilihat sebagai satu-satunya tokoh yang mampu membangunkan Negara Madani Malaysia dengan teras rukunnya kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan sekali gus menjadi pemersatu dan melakar persefahaman baharu politik Malaysia.” mengikut kenyataan bersama NGO.

Kesemua 13 NGO berharap dengan 36 dasar keutamaan negara Madani antara lainnya dapat mengurangkan gaji Menteri, melupuskan hutang PTPTN bagi keluarga B40, menghapuskan tol bagi B40, dan menghapuskan hutang peserta FELCRA, sesungguhnya mampu membela rakyat seluruhnya.

Latarbelakang pengalaman beliau amat kukuh sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Pemangku Perdana Menteri, Menteri Kewangan yang baik, pemimpin gerakan Islam nasional dan antarabangsa, penggerak institusi pendidikan yang tegar serta daya juang dan daya tahan yang tinggi sehingga dipenjara beberapa kali dalam perjuangan membela rakyat, kebenaran dan keadilan.

“Sesungguhnya dengan izin ALlah, usaha beliau yang berterusan dan kesabarannya telah memungkinkan peristiwa bersejarah ini.

Semoga kejayaan bersama DSAI selaku PM10 , barisan kepemimpinan negara dan seluruh rakyat Malaysia, in shaa ALlah.”

NGO yang memberi kenyataan bersama adalah –MUSTAFFA KAMIL AYUB Presiden RAPAT (Persatuan Rapat Rakyat) Penyelaras GRM (Gabungan Reformis Malaysia), Setiausaha GRM ZULKEFLY OTHMAN, Pertubuhan Kebajikan Pahlawan Malaysia (PAHLAWAN), Jingga 13 Malaysia, Pro 98 Reformis, Persatuan Rapat Rakyat (RAPAT), Otai Reformis, Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ARM), Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MASSA)., Gerakan Reformasi Veteran ATM (GRVATM), Persatuan Media Sosial (PEMASSA), Gerak Aktif Sosioekonomi Amal  Kebajikan (GASAK) dan Pertubuhan Gerakan Pejuang Negara Malaysia (GMPN).

 

 

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )