All England: Pearly-Thinaah tamatkan penantian 19 tahun Malaysia mara ke separuh akhir beregu wanita

HomeFeaturedSukan Dan Kesihatan

All England: Pearly-Thinaah tamatkan penantian 19 tahun Malaysia mara ke separuh akhir beregu wanita

KUALA LUMPUR,. Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah, melangkah ke separuh akhir pertama mereka pada Kejohanan Badminton All England selepa

Imigresen tahan 69 warga asing termasuk GRO di pusat hiburan Jalan Imbi
Ringgit dibuka tinggi pada pagi ini
JPM Hal Ehwal Agama sokong pindaan Akta Pengangkutan Jalan, pesalah wajar bayar pampasan

KUALA LUMPUR,. Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah, melangkah ke separuh akhir pertama mereka pada Kejohanan Badminton All England selepas menumpaskan pasangan Indonesia Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari dalam aksi suku akhir berlangsung di Utilita Arena, Birmingham, awal pagi tadi.

Gandingan nombor dua dunia itu hanya mengambil masa 43 minit untuk menundukkan lawan mereka dengan straight set 21-9, 21-18.

Kemenangan Pearly-Thinaah itu menyamai pencapaian Wong Pei Tty-Chin Eei Hui yang mara ke separuh akhir pada 2007.

Pearly-Thinaah seterusnya akan berdepan pasangan Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So Hee, yang sebelum itu mudah menewaskan gandingan Jepun Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto 21-18, 21-7 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

–BERNAMA