Polis minta bantuan kesan remaja hilang di Bentong

HomeFeaturedJenayah

Polis minta bantuan kesan remaja hilang di Bentong

KUANTAN,. Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan dilaporkan hilang di Taman Chegar Medang, Bentong pada Rabu lepas.

Lelaki ditemukan maut di tangga rumah kedai disyaki dibunuh
1,429 pegawai kanan, anggota polis dikenakan tindakan tatatertib tahun lepas – Ayob Khan
Polis bekerjasama dengan Interpol buru pengasas eHati, suami

KUANTAN,. Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan dilaporkan hilang di Taman Chegar Medang, Bentong pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Puteri Nor Aishah Ahmad Sulaiman,14, daripada ibunya semalam.

“Wanita itu memaklumkan kali terakhir mereka berjumpa semasa anaknya hendak keluar ke bazar Ramadan pada 6.45 petang 4 Mac,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semasa itu, remaja berketinggian 157 sentimeter dengan berat 45 kilogram memakai baju lengan pendek dan seluar jeans hitam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menerusi talian 09-223 1999.

–BERNAMA