HomeFeaturedSukan Dan Kesihatan

Terbuka Perancis 2025: Aaron-Wooi Yik gagal ke final

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik gagal mara ke final selepas tewas straight set kepada pasangan Indonesia, Fajar

Menteri baharu Bangladesh angkat sumpah pada Selasa
JIM gempur majikan degil guna pendatang tanpa izin – KP Imigresen
RINGGIT DIJANGKA DINIAGAKAN DALAM JULAT KECIL BERBANDING DOLAR AS MINGGU DEPAN

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik gagal mara ke final selepas tewas straight set kepada pasangan Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Shohibul Fikri pada separuh akhir Terbuka Perancis 2025.

Pada aksi di Glaz Arena, gandingan nombor dua dunia itu tewas 14-21, 19-21 dalam masa 40 minit, menjadikan ia kekalahan kedua berturut-turut kepada pasangan Indonesia tersebut selepas pertembungan di Terbuka China pada Julai lepas.

Kekalahan itu bermakna tiada lagi wakil Malaysia dalam kejohanan itu.

Sementara itu, Fajar dan Muhammad Shohibul akan berdepan pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho dan Seo Seung Jae di final.

— BERNAMA

COMMENTS