RINGGIT DIJANGKA DINIAGAKAN DALAM JULAT KECIL BERBANDING DOLAR AS MINGGU DEPAN

HomeFeaturedBusiness

RINGGIT DIJANGKA DINIAGAKAN DALAM JULAT KECIL BERBANDING DOLAR AS MINGGU DEPAN

KUALA LUMPUR,. Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar AS dengan kecenderungan meningkat minggu depan antara RM4.07 hingga RM4.

Inflasi Malaysia mereda kepada 1.4 peratus pada 2025 – DOSM
Penyu belimbing mendarat, bertelur kali ketiga di pantai Terengganu
Malaysia ulangi komitmen untuk kekal sebagai pembekal minyak sawit boleh dipercayai ke India

KUALA LUMPUR,. Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar AS dengan kecenderungan meningkat minggu depan antara RM4.07 hingga RM4.09 berikutan anggaran awal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2026 lebih tinggi daripada jangkaan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pertumbuhan KDNK Malaysia berdasarkan anggaran awal bagi suku ketiga 2026 mencatatkan kadar lebih tinggi daripada jangkaan iaitu 5.3 peratus.

“Angka terkini itu menunjukkan ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan, dan tidaklah mengejutkan sekiranya pertumbuhan KDNK bagi keseluruhan tahun mencecah paras lebih tinggi daripada unjuran semasa antara 4.8 hingga 5.3 peratus berikutan pertumbuhan bagi sembilan bulan pertama 2026 telah mencapai 5.5 peratus,” katanya kepada Bernama.

Pada Jumaat, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan ekonomi Malaysia dianggarkan berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2026 selepas mencatatkan pertumbuhan 6.0 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Dalam laporan anggaran awal KDNK bagi suku ketiga 2026 hari ini, DOSM memaklumkan ini disokong oleh prestasi positif merentas kesemua sektor ekonomi, kecuali perlombongan dan pengkuarian yang merekodkan penguncupan.

DOSM memaklumkan, secara kumulatif, bagi tiga suku tahun pertama tahun 2026, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.5 peratus, lebih tinggi berbanding 4.8 peratus yang direkodkan dalam tempoh yang sama pada 2025.

Sektor perkhidmatan kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi pada suku ketiga 2026 dengan merekodkan peningkatan sebanyak 5.4 peratus (suku kedua 2026: 5.9 peratus), didorong oleh subsektor perdagangan borong dan runcit, maklumat dan komunikasi serta kewangan dan insurans.

Sementara itu, bagi perbandingan Jumaat hingga Jumaat, ringgit meningkat berbanding dolar AS kepada 4.0795/0835 daripada 4.0830/0875 pada minggu sebelumnya.

Unit tempatan diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain sepanjang minggu berkenaan.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.5911/5956 daripada 4.5807/5858 pada Jumaat dan turun berbanding yen Jepun kepada 2.5831/5895 daripada 2.5791/5821 serta menyusut berbanding pound Britain kepada 5.4396/4449 daripada 5.4063/4123 pada minggu sebelumnya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Unit tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1889/1922 daripada 3.1896/1934 pada minggu sebelumnya dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 226.3/226.6 daripada 228.1/228.4.

Selain itu, ringgit mengukuh berbanding peso Filipina kepada 6.48/6.49 daripada 6.50/6.51, namun menyusut berbanding baht Thailand kepada 12.2101/2268 daripada 12.1735/1909 pada akhir minggu sebelumnya.

— BERNAMA